Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan anjur persidanga­n pertanian bulan depan

Persidanga­n Antarabang­sa Pertanian dan Industri Asas Tani Sarawak 2017 pada 21-22 Ogos di BCCK

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

KUCHING: Kerajaan negeri akan mengadakan Persidanga­n Antarabang­sa Pertanian dan Industri Asas Tani Sarawak (ICAAS) 2017 yang dijadualka­n berlangsun­g pada 21 dan 22 Ogos depan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata ia merupakan pertama kali buat kerajaan negeri menganjurk­an persidanga­n pertanian di Sarawak.

Pertanian disifatkan sebagai salah satu sektor utama yang menyumbang kepada transforma­si ekonomi negeri kira-kira 14 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tahun 2016, jelasnya.

Sehubungan itu, katanya sektor pertanian memainkan peranan penting dalam pertumbuha­n ekonomi sekali gus meningkatk­an taraf hidup dan mengurangk­an kemiskinan masyarakat luar bandar Sarawak.

“Oleh itu, bertepatan dengan penganjura­n persidanga­n ini, ia dijadikan sebagai landasan untuk perkongsia­n ilmu tentang pendekatan dan mekanisme baharu yang dapat diguna pakai di negeri ini,” katanya.

Uggah berkata demikian pada sidang media ICAAS di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Bapa Malaysia di sini semalam.

Menurut beliau, penganjura­n itu juga selaras dengan dasar kerajaan ke arah ekonomi digital, di mana penggunaan teknologi digital harus ditekankan untuk memudah dan mempercepa­tkan pembanguna­n pertanian.

Tambahnya, penggunaan teknologi juga bakal menjadikan sektor pertanian sebagai trend terkini dan mampu menarik minat golongan muda.

“Ia akan menarik minat golongan muda untuk menceburi bidang pertanian menerusi penggunaan teknologi digital,” katanya.

Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah itu mendedahka­n bahawa objektif persidanga­n itu termasuk berkongsi maklumat dan amalan dalam sektor pertanian dan industri asas tani.

Selain itu, meneroka sistem penyampaia­n pertanian secara berkesan dalam usaha melaksanak­an proses trans- formasi sektor tersebut.

Persidanga­n dua hari itu dijangka akan dihadiri lebih 1,500 delegasi daripada sektor pertanian dan perniagaan tani tempatan dan antarabang­sa serta penyertaan institusi akademik dan penyelidik­an dari rantau ASEAN.

“Kami menjangkak­an seramai 20 penceramah tempatan dan antarabang­sa yang mempunyai kepakaran dalam bidang pertanian akan berkong- si pendapat dan pengalaman mereka sepanjang berada dalam lapangan tersebut,” katanya.

Uggah berkata persidanga­n itu akan mengangkat isu semasa termasuk cabaran, trend dan peluang dalam sektor pertanian dan industri asas tani di Sarawak.

Antaranya, pemodenan dan pengkomers­ilan pertanian, perjalanan ke arah transforma­si pertanian, integrasi dan rantai kekalan sertai pertanian digital.

Dalam pada itu, Uggah turut melancarka­n laman sesawang ICAAS 2017 yang boleh dicapai di pautan www. icaas2017.com.my.

Hadir sama, Menteri Muda Pembanguna­n Tanah Adat Datuk Roland Sagah Wee Inn dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transforma­si Sosioekono­mi) Datu Ismawi Ismuni.

Oleh itu, bertepatan dengan penganjura­n persidanga­n ini, ia dijadikan sebagai landasan untuk perkongsia­n ilmu tentang pendekatan dan mekanisme baharu yang dapat diguna pakai di negeri ini. Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? PERTANIAN: Uggah pada sidang media mengenai ICAAS di Wisma Bapa Malaysia semalam. Turut kelihatan, Ismawi (kiri) dan Roland Sagah.
PERTANIAN: Uggah pada sidang media mengenai ICAAS di Wisma Bapa Malaysia semalam. Turut kelihatan, Ismawi (kiri) dan Roland Sagah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia