Utusan Borneo (Sarawak)

Penyampaia­n anugerah kepada koperasi cemerlang acara kemuncak HKN 2017

-

KUCHING: Penyampaia­n anugerah kepada koperasi cemerlang merupakan acara kemuncak sambutan Hari Koperasi Negara (HKN) Peringkat Negeri 2017 yang akan diadakan di Tapak Pesta Kampung Belawai Tanjung Manis pada 3 hingga 6 ogos depan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata Buku Profil 50 Koperasi Terbaik Sarawak juga dijangka dilancarka­n semasa majlis perasmian pada 5 Ogos jam 10.30 pagi yang disempurna­kan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

Beliau memberitah­u bahawa penganjura­n HKN merupakan acara tahunan dan bertujuan memperliha­tkan pencapaian dan kejayaan gerakan koperasi kepada masyarakat.

Selain itu tambahnya, ia bertujuan mempromosi­kan konsep berkoperas­i sebagai kesatuan dan institusi keusahawan­an seterusnya mengiktira­f sumbangan gerakan koperasi selaku pemangkin pertumbuha­n sosioekono­mi negara dan negeri khasnya.

“Ketika ini terdapat 1,002 koperasi berdaftar di Sarawak dan daripada jumlah itu 850 aktif. Setakat ini juga koperasi di Sarawak merekodkan nilai aset berjumlah RM500 juta dan perolehan perniagaan berjumlah RM245 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai sambutan HKN Peringkat Negeri 2017 di Dewan Undangan Negeri di sini semalam.

Awang Tengah yang juga Menteri Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan berkata pada majlis itu, akan diadakan pemeteraia­n memorandum persefaham­an (MoU) dan perjanjian antara koperasi dan badan niaga koperasi dengan beberapa syarikat bagi tujuan perniagaan.

Katanya salah satu daripada MoU itu melibatkan perjanjian penubuhan sebuah stesen minyak yang pertama di Tanjung Manis dikenali ‘Smart Stream’.

“Sebanyak 250 gerai ekspo dan pameran, Coop Kitchen dan warung jualan disediakan untuk semua pihak yang mengambil bahagian seperti agensi kerajaan yang bernaung di bawah KPDNKK (Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an), pertubuhan bukan kerajaan, koperasi serta usahawan.

“Selain itu bengkel akan turut diadakan untuk mempromosi­kan program dan perkhidmat­an disediakan Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM) untuk dimanfaatk­an oleh masyarakat keseluruha­nnya,” katanya.

Hadir sama Menteri Muda Pembanguna­n Perusahaan Kecil dan Sederhana dan Usahawan Datuk Mohd Naroden Majais, Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol, Pengarah KPDNKK Sarawak Datuk Stanley Tan dan Pengarah SKM Cawangan Sarawak Osman Ismail.

 ??  ?? SERTAI KAMI: Awang Tengah (empat kiri) menunjukka­n tanda bagus pada banting sambutan Hari Koperasi Negara (HKN) Peringkat Negeri 2017 selepas sidang media di Kuching, semalam.
SERTAI KAMI: Awang Tengah (empat kiri) menunjukka­n tanda bagus pada banting sambutan Hari Koperasi Negara (HKN) Peringkat Negeri 2017 selepas sidang media di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia