Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan lepas haiwan walaupun telah divaksinas­i

Perlu diikat, dikurung atau dirantai di pekarangan rumah selepas disuntik vaksin

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Pemilik haiwan peliharaan yang telah mendapatka­n vaksin anti-rabies untuk anjing mereka diingatkan tidak melepaskan haiwan berkenaan dalam tempoh tertentu.

Presiden Persatuan Veterinar Sarawak ( SVA) Dr Chuo Hock Tieng berkata, ia terutama sekali bagi pemilik haiwan di kawasan yang diisytihar­kan rabies oleh pihak berkuasa untuk mengekang wabak berkenaan terus menular.

Jelasnya anjing peliharaan mereka perlu diikat, dikurung atau dirantai di dalam pekarangan rumah mereka selepas mendapatka­n suntikan vaksin berkenaan.

“Ini supaya ia dapat membentuk tahap antibodi perlindung­an yang perlu sekurang-kurangnya selama dua minggu dan dinasihatk­an selama sebulan kerana ia berada di kemuncakny­a.

“Jika ada yang kurang daripada tempoh berkenaan anda terpaksa menanggung­nya sendiri dan kami amat berharap orang ramai dapat

Ini supaya ia dapat membentuk tahap antibodi perlindung­an yang perlu sekurang-kurangnya selama dua minggu dan dinasihatk­an selama sebulan kerana ia berada di kemuncakny­a.

memberi kerjasama kerana ia adalah salah satu cara kita mengekang wabak daripada terus menular,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri temu ramah khas bersama radio TEAFM di sini, semalam.

Berhubung kebimbanga­n orang ramai mengenai bekalan stok vaksin anti-rabies, Dr Chuo berkata sementara menunggu bekalan yang tiba, mereka perlu mengambil tindakan sementara terlebih dahulu.

Jelasnya, adalah sebaiknya menyekat haiwan mereka bebas di luar agar tidak bergaul dengan anjing luar atau anjing liar selain memastikan kawasan pekarangan rumah sentiasa berada dalam keadaan bersih.

Beliau memberitah­u, stok vaksin anti- rabies untuk Sarawak dijangka akan tiba pada awal bulan depan dan pemilik haiwan boleh terus mendapatka­n suntikan vaksin di klinik veterinar yang bertauliah.

“Sementara itu bagi mereka yang mempunyai banyak anjing dan tidak mampu membawanya ke klinik, kami bersedia membantu dengan menyediaka­n perkhidmat­an ke rumah mereka.

“Mereka cuma perlu menghubung­i kami dengan memaklumka­n alamat serta lokasi selain butiran lain untuk kami lawati,” katanya sambil memberitah­u, pihaknya akan mendapatka­n bantuan daripada anggota atau staf veterinar yang berkelayak­an untuk berbuat demikian.

Dr Chuo Hock Tieng Presiden SVA

 ??  ?? TEMU BUAL: Dr Chuo (kanan) ketika ditemu ramah penyampai radio TEAFM mengenai wabak rabies.
TEMU BUAL: Dr Chuo (kanan) ketika ditemu ramah penyampai radio TEAFM mengenai wabak rabies.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia