Utusan Borneo (Sarawak)

Dapatkan vaksin anti-rabies daripada doktor veterinar berdaftar atau JPVS

-

KUCHING: Orang ramai diingatkan untuk hanya mendapatka­n vaksin anti-rabies daripada doktor veterinar berdaftar atau Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak (JPVS).

Presiden Persatuan Veterinar Sarawak ( SVA) Dr Chuo Hock Tieng berkata, vaksin berkenaan hanya boleh didapati daripada doktor veterinar bertauliah dan jika ada individu yang menjual di kaunter klinik atau farmasi ia adalah menyalahi undangunda­ng.

“Di bawah Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999 dan Akta Haiwan 1953 hanya doktor haiwan sahaja boleh mengendali­kan dan memberi vaksin untuk haiwan, maka anda tidak boleh membeli vaksin di kaunter, iaitu klinik atau farmasi mahupun membeli sendiri vaksin itu.

“Anda boleh mendapatka­n vaksin hanya dari klinik veterinar selain khidmat vaksinasi beramai- ramai daripada kerajaan dari semasa ke semasa.

“Saya juga ingin membuat penjelasan di sini bahawa vaksin anti- rabies adalah berharga RM55 di Kuching,” katanya ketika ditemui di sini selepas temu ramah bersama stesen radio, TEA FM di sini, semalam.

Menurut Dr Chuo, sebelum ini banyak aduan daripada orang ramai bahawa mereka mendakwa mendapatka­n vaksin dengan harga RM26, RM29, RM50 dan sebagainya.

Beliau menegaskan, jika ia vaksin di bawah harga RM55, maka ia sebenarnya vaksin enam dalam satu yang biasa diperolehi pemilik haiwan peliharaan dari farmasi atau penternak haiwan yang menyalahi undang- undang.

“Jika anda membeli vaksin dari kaunter klinik atau farmasi anda mungkin diberi maklumat salah mengenai vaksinasi dan ini akan memburukka­n lagi keadaan jika anda memberi vaksin yang salah bagi tujuan salah,” katanya.

Selain itu, beliau turut menasihati pemilik haiwan kesayangan agar meneliti atau mengenal pasti sama ada doktor veterinar masih berdaftar atau tidak di bawah Majlis Veterinar Malaysia (MVC).

Jelasnya, ia kerana masih ada antara doktor haiwan berkenaan aktif dalam bidang mereka tetapi tidak didaftar semula di bawah MVC.

“Ini kerana setiap doktor haiwan mempunyai sijil amalan tahunan (APC) yang perlu diperbahar­ui setiap tahun dan jika mereka tidak memperbaha­ruinya maka mereka tidak boleh mengamalka­n bidang berkenaan.

“Kita amat mengalu-alukan kepada mereka yang mempunyai maklumat atau meragui tentang perkara ini untuk membuat aduan kepada MVC dengan disertakan bukti seperti kad ditandatan­gani mereka atau resit penjualan,” tegas beliau.

Orang ramai kata Dr Chuo boleh melayari laman sesawang www. mvc. gov.my bagi mendapatka­n maklumat lanjut tentang doktor haiwan bertauliah serta berdaftar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia