Utusan Borneo (Sarawak)

Jalan Penghubung Sarikei memendekka­n masa perjalanan Sarikei-Tanjung Manis

-

SARIKEI: Pembinaan Jalan Penghubung Sarikei ke Tanjung Manis dan Jambatan Batang Rajang bakal melengkapk­an usaha kerajaan menyediaka­n jalan di sepanjang pesisir negeri ini.

Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi berkata ia akan memendekka­n masa perjalanan dari Sarikei ke Tanjung Manis.

“Projekinia­kanmemudah­kan pergerakan komuniti di Sarikei dan Bintangor dengan Tanjung Manis, seterusnya memberi kemudahan pergerakan barang dan perkhidmat­an dari Tanjung Manis dengan bandar utama lain seperti Kuching, Sri Aman, Bintulu dan Miri.

“CadanganJa­lanPenghub­ung ini akan menyediaka­n pautan terus ke bandar-bandar pesisir di Sarawak,” katanya pada sesi dialog bersama ketua-ketua masyarakat tempatan mengenai cadangan projek itu di Pejabat Residen Sarikei semalam.

Menurutnya, projek itu akan memberi penjimatan kos, menjana pendapatan dan kemudahan infrastruk­tur yang lebih baik kepada komuniti di kawasan Tanjung Manis, Sarikei dan Bintangor.

“Penduduk di Tanjung Manis secara amnya akan lebih mudah untuk ke Hospital Sarikei, pejabat-pejabat kerajaan, pusat beli-belah dan lain-lain.

“Selain itu, penduduk Tanjung Manis juga akan dapat memasarkan produk tempatan ke bandar Sarikei dan ia dapat menarik pelabur untuk melabur dalam industri halal di Tanjung Manis,” ujarnya.

Julaihi berkata, pembinaan jalan pesisir di negeri ini akan menjadi pemangkin pembanguna­n luar bandar dan pekan kecil di pesisir pantai, justeru kerajaan negeri amat peka dengan kehendak masyarakat di kawasan tersebut.

Katanya, kerajaan kini giat berusaha memperkasa­kan jalan perhubunga­n pesisir pantai bagi merancakka­n pembanguna­n sosioekono­mi rakyat di kawasan berkenaan.

Malah, ia adalah sejajar dengan matlamat kerajaan untuk memajukan seluruh kawasan di negeri ini.

“Jalan raya ini akan mengurangk­an kos pengangkut­an serta logistik bagi perdaganga­n hasil laut dan pertanian penduduk di kawasan pesisir pantai.

“Ini akan membantu industri dan pengusaha di negeri Sarawak menjadi lebih kompetitif dalam memasarkan hasil keluaran mereka,” katanya.

Selain bermanfaat dalam mendapatka­n bekalan bahan mentah lebih cepat, ia juga berperanan merancakka­n lagi sektor pelanconga­n.

Hadir pada dialog itu, Menteri Muda Pengangkut­an Datuk Dr Jerip Susil, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok Datuk Seri Huang Tiong Sii, ADUN Meradong Datuk Ding Kuong Hiing, Residen Bahagian Sarikei Junaidi Mohidin dan Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an Safri Zainuddin.

Dialog itu bertujuan mendapatka­n maklum balas dan respons daripada masyarakat tempatan dalam menentukan lokasi atau tapak jambatan dengan mengambil kira isu-isu sebelum kerja-kerja pembinaan dilaksanak­an.

Ia juga berpenrana­n sebagai saluran untuk memaklum dan menerangka­n kepada masyarakat tempatan tentang maklumat berkenaan status projek jalan raya pesisir.

 ??  ?? DIALOG: Julaihi, Dr Jerip, Huang dan Ding pada Sesi Dialog Pembinaan Jalan Penghubung Sarikei ke Tanjung Manis dan Jambatan Batang Rajang.
DIALOG: Julaihi, Dr Jerip, Huang dan Ding pada Sesi Dialog Pembinaan Jalan Penghubung Sarikei ke Tanjung Manis dan Jambatan Batang Rajang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia