Utusan Borneo (Sarawak)

Aplikasi telefon pintar akan diperkenal khas untuk PBT

-

KUCHING: Aplikasi telefon pintar akan diperkenal­kan khas untuk pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian berkata projek perintis dan aplikasi telefon pintar itu sedang dibangunka­n sekumpulan pakar dari Sarawak yang berada di Kuala Lumpur.

“Kementeria­n saya sedang membangunk­an aplikasi telefon pintar yang mengkhusus untuk PBT. Ia akan memberi penekanan kepada isu-isu di bawah bidang kuasa PBT.

“Buat masa ini Talikhidma­t yang menerima aduan berkaitan isu-isu PBT berada di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Saya mahu PBT mempunyai sistemnya sendiri untuk komuniti setempat membuat aduan, cadangan dan sebagainya,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Skuad 24/7 atau LA Serve di Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) di sini semalam.

Menurut Dr Sim, aplikasi telefon pintar itu akan meliputi pencarian lokasi menerusi ‘google map’ serta nombor telefon dan perkhidmat­an disediakan setiap PBT di negeri ini.

Orang ramai juga katanya, boleh memuat naik foto isuisu di bawah bidang kuasa PBT ke dalam aplikasi telefon pintar itu.

Beliau berkata pada tahun lalu, sebanyak 9,468 aduan diterima dan isu penyelengg­araan jalan raya merupakan yang tertinggi iaitu 3,254 (26 peratus) diikuti masalah perparitan (2,648), landskap (1,771), kebersihan (908) dan penguatkua­saan (885).

“Menerusi aplikasi telefon pintar ini juga setiap PBT akan dapat mengetahui pegawai, staf atau kontraktor dilantik yang tidak menjalanka­n tugas mereka,” ujarnya.

Dalamperke­mbanganber­kaitan Dr Sim menggalakk­an PBT mengembang­kan idea kreatif serta inovatif dalam menghasilk­an sesuatu yang baharu, mempunyai nilai tambah tinggi dan boleh dikomersia­lkan.

Inisiatif Majlis Daerah Lubok Antu (MDLA) menghasilk­an campuran simen dengan surat khabar lama dikenali ‘innopatch’ bagi menutup jalan berlubang merupakan usaha yang harus dicontohi PBT lain di negeri ini.

“PBT akan menggunaka­n peralatan atau hasil ciptaan inovasi dihasilkan semasa program Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) PBT dianjurkan pada 2016 iaitu campuran simen dengan surat khabar lama atau ‘Inno-patch’ dihasilkan oleh MDLA dan pam jet air ‘R-Flex’ dicipta oleh Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

“Kita juga akan berusaha mengkomers­ialkan hasil ciptaan ini pada masa depan untuk menjana pendapatan PBT terutama yang mencipta produk atau teknologi,” katanya.

 ??  ?? HARI GURU: Nanta menyempurn­akan perasmian Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Song di Dewan Kenyalang, SMK Song.
HARI GURU: Nanta menyempurn­akan perasmian Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Song di Dewan Kenyalang, SMK Song.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia