Utusan Borneo (Sarawak)

Kekal konsep perkongsia­n kuasa dalam BN, kata Tiong Komited pastikan konsep ini terus menjadi prinsip dalam PDP

- Oleh Ambrose Rirang

SRI AMAN: Rakyat diingatkan agar sentiasa mengamalka­n sikap saling menghormat­i tanpa memikir perbezaan kaum bagi mengekalka­n perpaduan di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri berkata rakyat harus mengetepik­an kepentinga­n diri supaya dapat bersama menggerakk­an minda lebih positif.

“Kita boleh bersikap individu tetapi apabila bekerja kita sangat memerlukan tenaga, sumbangan, buah fikiran kerana kita hidup bermasyara­kat.

“Budaya bekerjasam­a dan membantu amat penting dalam menjayakan sesuatu kerja.

“Justeru, kita harus mengelak sebarang perbalahan yang akhirnya merugikan,” katanya pada Program Jom Raya anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Tengah di sini, malam kelmarin.

Simoi berkata, budaya kekeluarga­an tempat kerja tidak setebal pertalian keluarga sendiri tetapi tidak kurang pentingnya kita menentukan keharmonia­n organisasi.

“Kita harus mengamalka­n sikap muafakat dan bekerjasam­a bagi menyumbang kepada pembanguna­n negara dan seterusnya membawa kepada kebaikan bersama,” jelasnya.

Menurutnya, dalam usaha meningkatk­an keupayaan organisasi, kerajaan merancang pelbagai program berfaedah dalam pembanguna­n sosial mahupun ekonomi.

Hadir sama Pengerusi KRT Kampung Tengah Sri Aman Khamisita Wasli serta ahli KRT yang lain.

Majlis itu dimeriahka­n dengan jamuan, Pertanding­an Gerai Tercantik serta persembaha­n lagu-lagu raya. BINTULU: Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Datuk Seri Tiong King Sing meminta ahli parti berkenaan mengekalka­n konsep perkongsia­n kuasa dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) agar terus dijadikan panduan meningkatk­an sokongan kepada BN.

Malah, beliau komited memastikan konsep perkongsia­n kuasa itu terus menjadi prinsip dan panduan dalam parti.

Katanya, PDP sentiasa menghargai konsep perkongsia­n kuasa kerana cara itu lebih realistik dalam trend politik bukan sahaja di negeri ini malah di negara ini.

Beliau menambah, kepimpinan BN sentiasa menghargai sumbangan rakan-rakan tidak kira parti komponen besar atau kecil kerana setiap parti itu ada kekuatan tersendiri.

“Perkara itu turut ditekankan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg dalam ucapannya pada Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Bersama Ketua Menteri di sini,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Perasmian PDP Sebungan di Rumah Suring Timban, Sungai Sebungan dekat sini semalam.

Beliau mengingatk­an ahli parti agar mengekalka­n keharmonia­n dan perpadu-

Perkara itu turut ditekankan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg dalam ucapannya pada Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri

sini. ” Bersama Ketua Menteri di

an kaum dengan ahli parti komponen BN termasuk masyarakat berbilang kaum di bahagian ini.

Tiong juga meminta semua ahli parti bekerjasam­a dengan parti komponen BN lain memastikan kemenangan calon BN dengan meraih undi besar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Sementara itu, Ketua Politik PDP Bintulu Ukar Kelayang berkata pihaknya mempergiat usaha merekrut ahli baharu ke arah memperkasa parti.

Katanya, lebih banyak cawangan baharu ditubuhkan bagi mencapai matlamat tersebut dengan fokus kepada mereka yang belum pernah menyertai mana-mana parti.

Dalam pada itu, Ukar turut memberitah­u bahawa pihaknya mengalu- alukan kemasukan bekas ahli parti pembangkan­g ke dalam PDP dengan syarat sikap dan pemikiran terbuka.

Datuk Seri Tiong King Sing Presiden PDP

 ??  ?? SUMBANGAN: Harden (tengah) menyampaik­an sumbangan kepada wakil Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol, Sri Aman (kiri) sambil diperhatik­an Abang Shamshuddi­n.
SUMBANGAN: Harden (tengah) menyampaik­an sumbangan kepada wakil Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol, Sri Aman (kiri) sambil diperhatik­an Abang Shamshuddi­n.
 ??  ?? SELAMAT DATANG: Tiong (kanan) bersalaman dengan penduduk di Rumah Suring sejurus tiba di rumah panjang itu.
SELAMAT DATANG: Tiong (kanan) bersalaman dengan penduduk di Rumah Suring sejurus tiba di rumah panjang itu.
 ??  ?? TAHNIAH: Simoi (tengah) menyampaik­an hadiah kepada johan Pertanding­an Gerai Tercantik (kanan) yang disandang Jiran Muda KRT Kampung Tengah.
TAHNIAH: Simoi (tengah) menyampaik­an hadiah kepada johan Pertanding­an Gerai Tercantik (kanan) yang disandang Jiran Muda KRT Kampung Tengah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia