Utusan Borneo (Sarawak)

Tekankan pendidikan kepada anak-anak

-

KOTA SAMARAHAN: Ibu bapa perlu menekankan pendidikan kepada anak-anak demi memastikan generasi pelapis itu mampu mencorak masa depan yang cerah.

Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang berkata, pendidikan penting dalam membentuk masyarakat berilmu yang mampu menjadi penggerak kepada sesebuah negara untuk maju.

“Sebab itulah saya amat menggalakk­an dan menyokong setiap program yang dijalankan oleh pihak sekolah untuk murid-murid kerana ia adalah cara untuk kita memastikan anak-anak kita berjaya sekali gus dapat meneruskan usaha yang telah kita laksanakan untuk memajukan negara dan negeri.

“Tahniah kepada Sekolah Kebangsaan ( SK) Agama Ibnu Khaldun kerana sentiasa menyokong usaha mendidik anak-anak di kawasan ini menerusi Program Motivasi Khas Murid, Ibu Bapa dan Guru yang dilaksanak­an setiap tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Motivasi Khas Murid, Ibu Bapa dan Guru anjuran SK Agama Ibnu Khaldun dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di dewan sekolah itu di sini baru-baru ini.

Pada masa sama Rubiah memberitah­u, program yang melibatkan murid tahun enam dari lima sekolah berdekatan itu dapat meningkatk­an keyakinan murid untuk menghadapi peperiksaa­n.

Program motivati yang disertai kira-kira 200 murid itu terdiri daripada murid SK Kampung Baru, SK Rembus, SK Dato Mohd Musa, SK Dato Traoh dan SK Plaie.

“Malah, saya amat berbangga melihat penglibata­n ibu bapa seramai 200 orang yang turut hadir sama pada program ini menunjukka­n semangat kita untuk melihat anak-anak kita berjaya pada masa depan,” tambahnya.

Pada program itu, Rubiah turut menyerahka­n geran peruntukan projek kecil luar bandar ( MRP) sebanyak RM50,000 kepada PIBG SK Ibnu Khaldun bagi tujuan mengadakan program kecemerlan­gan dan menyediaka­n kelengkapa­n prasarana kelas sekolah.

“Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Teruskan usaha semua dalam mencapai kejayaan yang cemerlang,” ujarnya.

 ??  ?? SOKONG: Rubiah (tengah) merakam kenangan bersama murid, guru dan ibu bapa yang menyertai program motivasi khas itu.
SOKONG: Rubiah (tengah) merakam kenangan bersama murid, guru dan ibu bapa yang menyertai program motivasi khas itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia