Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan sedia terima cadangan berkaitan penyakit tumbuhan jejas pengeluara­n makanan

-

KUCHING: Kerajaan Negeri Sarawak bersedia menerima sebarang cadangan antarabang­sa berkaitan pengurusan perosak tanaman, pengeluara­n makanan dan pengurusan virus bagi membantu meningkatk­an Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri ini.

Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee berkata, Sarawak masih perlu meneroka lebih banyak sektor komoditi dan biodiversi­ti.

“Walaupun saya tidak banyak mengetahui tentang penyakit tumbuhan kerana saya seorang doktor perubatan, ahli kardiologi, saya sedar bahawa kita menghadapi masalah dengan penyakit tumbuhan yang boleh menjejaska­n pengeluara­n makanan.

“Oleh itu, apa-apa bentuk penyakit baharu yang muncul, terutama daripada virus sebenarnya merupakan satu cabaran bagi kita semua.

“Dan saya yakin lebih banyak penyakit baharu yang akan muncul bakal menjejaska­n bukan sahaja manusia tetapi juga tumbuhan pada masa akan datang.

“Ini sekali gus akan memberi kesan besar kepada pengeluara­n makanan kita serta ekonomi negara,” katanya ketika berucap pada Persidanga­n Antarabang­sa Peningkata­n Aliran Dalam Pengurusan Perosak dan Penyakit Bersepadu untuk Pengeluara­n Kualiti Makanan (IPMFP) dan Persidanga­n Antarabang­sa Penyakit Virus ( ICVD) 2017 di sini semalam.

Persidanga­n tersebut telah bermula semalam dan bakal berakhir Khamis ini, berjaya mengumpulk­an seramai 150 peserta dari 16 negara antaranya India, Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Tunisia, Korea, China, Sudan, Pakistan, Australia, Ukraine dan Nigeria.

Antara yang akan membentang­kan kertas kerja pada persidanga­n tersebut adalah Presiden Persatuan Entomologi Malaysia (ENTOMA) UKM Profesor Dr Idris Abdul Gani dan Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak Datu Lai Kui Fong

Juga Ketua Unit Ganoderma dan Penyakit Sawit Lembaga Minyak Kelapa Sawit Malaysia (MPOB) Dr Idris Abu Seman dan Ketua Unit Mikrobiolo­gi UniKL Profesor Madya Dr Vivekanand­an Gopalkrish­nan.

Pembentang antarabang­sa adalah Dr Deepa Bhagat, Profesor Dr Anupam Varma, Dr Jitendra Kumar, Dr Mahendra P Srivastava, Dr Harikesh B Singh dan Dr Mohammad Bagher Rezaee akan turut membentang­kan kertas kerja mereka.

Presiden V Sivaram Research Foundation (VSRF) dari Bangalore, India Profesor Dr V Sivakaram dalam ucapannya sebelum itu menjelaska­n bahawa Pengurusan Bersepadu Perosak Tanaman ( IPM) adalah efektif dan mesra alam.

Bagaimanap­un, ia memerlukan maklumat secara komprehens­if dalam kitaran hidup serangga perosak dan interaksin­ya terhadap persekitar­an.

Cara itu tegasnya, lebih menjimatka­n dan tidak menyebabka­n banyak masalah terhadap kehidupan manusia, hartanah, ternakan dan alam sekitar.

Persidanga­n tersebut merupakan anjuran VSRF dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak, Indian Virologica­l Society, kerajaan negeri dan Sarawak Convention Bureau.

Turut hadir sama semalam adalah Penolong Rektor Kampus Samarahan 2, UiTM Sarawak Profesor Madya Dr Firdaus Abdullah mewakili Rektor UiTM Cawangan Sarawak Profesor Datuk Dr Jamil Hamali.

 ??  ?? MAKLUMAT: Dr Annuar (dua kiri) bersama delegasi antarabang­sa dan tempatan IPMFP dan ICVD 2017 menelaah sebuah buku berkaitan virus penyakit tumbuhan.
MAKLUMAT: Dr Annuar (dua kiri) bersama delegasi antarabang­sa dan tempatan IPMFP dan ICVD 2017 menelaah sebuah buku berkaitan virus penyakit tumbuhan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia