Utusan Borneo (Sarawak)

Dua wanita Indonesia gembira terima sijil kewarganeg­araan Malaysia

-

KUCHING: Penantian selama 20 tahun oleh dua wanita warga Indonesia untuk bergelar rakyat Malaysia yang sah, akhirnya tercapai apabila kedua-duanya menerima sijil kewarganeg­araan Malaysia, semalam.

Suriani, 45, yang berasal dari Paloh, Sambas dan Alan, 48, dari Kampung Jagoi Babang menerima sijil kewarganeg­araan yang diserahkan oleh Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Datuk Fatimah Abdullah di pejabatnya, Bangunan Baitulmakm­ur di sini, semalam.

“Selepas ini, kami akan segera ke Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) untuk membuat MyKad,” kata Suriani dan Alan dengan teruja ketika ditemu bual.

Menurut Suriani yang ditemani suaminya, Jumat Tahir, 59, dia tidak dapat berkatakat­a sebaik sahaja dimaklumka­n oleh JPN Negeri untuk hadir menerima sijil kewarganeg­araannya pada pagi semalam.

Katanya yang kini menetap di Sematan bersama suami dan dua anak, dia telah memohon taraf kewarganeg­araan pada 1996 namun tidak diberi sebarang maklum balas selama ini.

“Saya sangat gembira... ini adalah kejutan buat saya setelah menunggu sangat lama,” katanya.

Manakala, Alan yang juga ditemani suaminya, Jili Dawai, 52, turut tidak menyangka akan mendapat taraf kewarganeg­araan Malaysia selepas membuat permohonan pada 2015.

“Dengan adanya taraf kewarganeg­araan ini, segala urusan saya terutama dengan kerajaan akan lebih mudah selepas ini,” kata suri rumah beranak lima itu, yang kini tinggal di Kampung Serikin bersama keluargany­a.

Timbalan Pengarah JPN Sarawak Amelia Lee yang turut hadir berkata permohonan taraf kewarganeg­araan Suriani dan Alan telah diluluskan oleh Ketua Pengarah Pendaftara­n Negara Malaysia di bawah Perkara 15 (1) Perlembaga­an Persekutua­n.

“Suriani dan Alan telah memenuhi syarat dengan perkahwina­n masih kekal dan sah di sisi undang-undang serta memegang taraf Pemastauti­n Tetap bagi tempoh dua tahun sebelum tarikh permohonan dan berkelakua­n baik,” katanya.

 ??  ?? TAHNIAH: Fatimah bersalaman dengan Suriani (kiri) dan Alan (kanan) selepas menyerahka­n sijil kewarganeg­araan kepada mereka di pejabatnya, Bangunan Baitulmakm­ur semalam.
TAHNIAH: Fatimah bersalaman dengan Suriani (kiri) dan Alan (kanan) selepas menyerahka­n sijil kewarganeg­araan kepada mereka di pejabatnya, Bangunan Baitulmakm­ur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia