Utusan Borneo (Sarawak)

Dron diguna untuk kajian lalu lintas

Kajian lalu lintas pertama guna teknologi ini dilepas di bulatan UCTS kelmarin

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Kajian lalu lintas pertama kali menggunaka­n teknologi dron dilepaskan di bulatan Universiti Teknologi Kolej Sarawak ( UCTS) di sini petang kelmarin.

Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n dan Infrastruk­tur Lembaga Perkhidmat­an Komuniti (LPK) Parti Rakyat Bersatu (UPP) Sibu Lau Chai Hing berkata kawasan tersebut salah satu daripada enam kawasan mengalami kesesakan lalu lintas pada waktu puncak.

Katanya, kajian itu dijangka selesai akhir tahun ini dan kertas cadangan dikemukaka­n kepada Majlis Perbandara­n Sibu ( MPS) untuk dikaji semula.

Lima kawasan lain turut dinamakan ialah Jalan Deshon-Jalan Teng Chin HuaPersiar­an Brooke, Jalan Deshon-Jalan Ling Kai Cheng, bulatan Hulu Sungai Merah, Jalan Pedada-Jalan Oya-Jalan Wong King Hou dan persimpang­an Permai.

“Kajian menelan belanja sejumlah RM300,000 ini ditanggung sepenuhnya LPK UPP Sibu.

“Ini sebenarnya salah satu usaha di bawah Rancangan Sibu (RS) 1 diterajui Pengerusi Lembaga Pengarah Datuk Andrew Wong,” katanya

Kajian menelan belanja sejumlah RM300,000 ini ditanggung sepenuhnya LPK UPP Sibu. Lau Chai Hing Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n dan Infrastruk­tur LPK UPP Sibu

pada sidang media di sini semalam.

Tambahnya, kajian itu turut melibatkan Jurutera Jasa (Sarawak) Sdn Bhd sebagai perunding menjalanka­n kajian lalu lintas.

“Mereka menjalanka­n tinjauan awal kira- kira tiga minggu lalu dan kini bersama dengan dron mengumpul pangkalan data beberapa kawasan dikenal pasti mengalami kesesakan.

“Semua data dikumpul mereka akan merumuskan cadangan kajian aliran trafik di Sibu dan kawasan sesak.

“Kami menyerahka­n cadangan itu kepada MPS memperbetu­lkan sistem lalu lintas di Sibu kerana sesetengah kawasan mengalami kesesakan lalu lintas serius,” jelasnya.

Dalam pada itu, Wong memberitah­u kajian itu bukan suatu kajian cadangan mudah kerana dilakukan dengan terperinci.

“Ini bermaksud perunding mereka mengambil kira pelbagai aspek termasuk kemudahan utiliti terlibat dan jika perlu melebarkan jalan raya,” katanya.

Menurut Wong, mereka juga melakukan anggaran kos supaya mengetahui berapa jumlah kos diperlukan, bagaimanap­un angkanya harus munasabah.

“Orang akan bertanya, mengapa perlu jumlah besar melakukan kerja penambahba­ikan tetapi mereka lupa keperluan mengalih tiang elektrik dan telefon, paip air dan sebagainya,” katanya.

Beliau menjelaska­n bahawa kajian lalu lintas itu adalah salah satu projek di bawah RS 1, dijalankan dari 2018 hingga 2022.

Sementara itu, Pengarah Jurutera Jasa (Sarawak) Sdn Bhd Tai Lee Yoon berkata mereka meneruskan rakaman video (dari dron) di setiap simpang selama dua jam untuk mengetahui aliran masa waktu puncak.

 ??  ?? RAMAH MESRA: Mohamad Ali (berdiri, lima kiri), Junaidi (empat kiri) bersama penduduk Islam Sekuau pada majlis berkenaan.
RAMAH MESRA: Mohamad Ali (berdiri, lima kiri), Junaidi (empat kiri) bersama penduduk Islam Sekuau pada majlis berkenaan.
 ??  ?? BERSEDIA: (Lima dari kiri) Lau, Wong dan Tai bersama kumpulan jurutera dan komuniti LPK UPP Sibu sebelum melepaskan dron untuk kajian lalu lintas di Sibu, kelmarin.
BERSEDIA: (Lima dari kiri) Lau, Wong dan Tai bersama kumpulan jurutera dan komuniti LPK UPP Sibu sebelum melepaskan dron untuk kajian lalu lintas di Sibu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia