Utusan Borneo (Sarawak)

USKCS berusaha dapatkan tanah bagi mewujudkan perkampung­an Islam

-

SIBU: Urus Setia Saudara Kita Cawangan Sekuau (USKCS) berusaha mendapatka­n sebidang tanah bagi tujuan penempatan perkampung­an masyarakat Islam di Sekuau.

Pengerusi USKCS Mohamad Ali Abdullah berkata lokasi bagi penempatan itu dikenal pasti dan mendapat persetujua­n Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sibu.

“Kami masih dalam proses mengatur susunan pelan penempatan perkampung­an ini dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bahagian Sibu.

“Diharap penduduk Islam Sekuau terus memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada USKCS,” katanya pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri 2017 anjuran USKCS bersama Angkatan Warisan Anak Sarawak (AWAS) di Rumah Meramat, Sekuau.

Menurut Mohamad Ali, di Sekuau terdapat 26 rumah panjang dan terdapat dua atau tiga pintu daripada setiap rumah panjang terbabit beragama Islam (mualaf).

Oleh itu, sukar mengumpulk­an keluarga mualaf tersebut dan USKCS berusaha mendapatka­n tanah bagi penempatan perkampung­an untuk mereka.

“USKCS adalah sebuah badan berdaftar di bawah JAIS menjaga kebajikan, sosiobuday­a dan melaksanak­an aktiviti keagamaan, di samping mengeratka­n silaturahi­m bersama penduduk setempat,” jelasnya.

Mohamad Ali berterima kasih kepada masyarakat Islam di Sekuau kerana memberi sokongan kepada USKCS pada setiap aktiviti dianjurkan.

Pegawai Pembanguna­n USKCS Mohamad Junaidi Sambang tidak mahu ada orang bukan Islam mencampuri urusan masyarakat Islam di Sekuau, seperti kenyataan dalam ‘ memo rasmi’ dikeluarka­n oleh pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Sekuau.

Dalam kenyataan dikeluarka­n oleh pengerusi JKKK Sekuau itu, beliau melantik orang luar sebagai ketua kampung Iban Muslim, bermula 1 Julai lalu.

“Segala urusan hal ehwal orang Iban Islam di Sekuau adalah di bawah perhatian beliau dan banyak kenyataan dikeluarka­n berbau ugutan kepada penduduk Islam Sekuau, jika tidak memberi kerjasama kepadanya termasuk urusan penempatan tersebut,” kata Junaidi.

Junaidi menjelaska­n, urusan penempatan saudara kita dan kebajikan orang Islam Sekuau terletak di bahu USKCS.

“Ia adalah amanah diberikan kepada USKCS. Kita tidak mahu ada pihak lain mencampuri urusan masyar- akat Islam di Sekuau,” katanya sambil menambah, JKKK Sekuau tidak mempunyai kuasa mencampuri urusan USKCS.

Beliau juga menasihati masyarakat Islam di Sekuau agar jangan mudah terpedaya dengan ancaman dan harus bersatu hati menegakkan kebenaran.

Katanya, pelantikan ketua kampung adalah tidak sah dan tidak layak kerana masih ramai orang Islam tempatan yang layak, lebih menghayati dan memahami dakwah Islam sebenar.

“Pengerusi JKKK Sekuau sebaiknya jangan mencampuri urusan orang Islam Sekuau.

“Itu bukan urusan di bawah bidang kuasa kamu. Kami cadangkan pengerusi JKKK Sekuau meletak jawatan dengan cara terhormat atau kamu sebaliknya dipecat,” kata Junaidi yang merupakan setiausaha kehormat AWAS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia