Utusan Borneo (Sarawak)

Perlu kajian sebelum pembinaan pili bomba

Kajian akan memudahkan kerja pemadaman khususnya di pedalaman yang agak mencabar

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Kajian pembinaan pili bomba khususnya di kawasan luar bandar dapat memudahkan kerja pemadaman dilakukan khususnya di pedalaman yang agak mencabar.

Ketua Bomba Zon Tujuh Limbang Edmund Dmahai Amboh berkata kebanyakan anggotanya berdepan kesukaran ketika kes kebakaran terutama di luar bandar.

Katanya, satu kajian dilakukan jabatannya berhubung kerja pembinaan pili bomba khususnya di kawasan luar bandar bagi memudahkan kerja pemadaman dilakukan.

“Kajian ini mengambil kira aspek pembinaan jalan dan paip air sebelum pili bomba dibina di luar bandar termasuk Medamit,” katanya pada Majlis Seerat Serasa Sehati Sejiwa Hari Raya Zon 7 di sini malam Ahad lalu.

Turut hadir Timbalan Penguasa Bomba Limbang yang juga pengerusi program

Kajian ini mengambil kira aspek pembinaan jalan dan paip air sebelum pili bomba dibina di luar bandar termasuk Medamit. Edmund Dmahai Amboh Ketua Bomba Zon Tujuh Limbang

Ahmad Naufal Abdullah, Ketua Unit Penyiasata­n Kebakaran Zon Tujuh Awang Farbu Awang Abdul Hamid, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Limbang Tawang Lingem, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lawas Zaki Husin dan Penolong Penguasa Bomba Azman Ibrahim.

Jelasnya, kajian keutamaan diberikan kepada kawasan berisiko tinggi dan mempunyai kepadatan penduduk.

Katanya, setakat Januari hingga Julai ini sebanyak 19 kes kebakaran dilaporkan berlaku di bahagian ini.

“Sembilan Persatuan Bomba Sukarela ( PBS) ditubuhkan di Limbang termasuk lima di sini dan empat di Lawas dalam usaha membantu memadam kebakaran.

“Kita mempergiat program kesedaran dan pencegahan kebakaran kepada masyarakat termasuk di sekolah,” katanya.

Program itu diadakan berterusan dalam meningkatk­an kesedaran kalangan pelajar ttentang langkah keselamata­n menangani kebakaran.

Menyentuh mengenai program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), Edmund memberitah­u projek baik pulih sebuah rumah dilaksanak­an di Kampung Lintang Sundar, Lawas awal Ogos depan.

 ??  ?? JUADAH RAYA: Edmund (depan, tiga kiri) bersama Zaki (depan kiri) Naufal, Azman dan Tawang (belakang kiri) mencuba juadah mi jawa dimasak anggotanya.
JUADAH RAYA: Edmund (depan, tiga kiri) bersama Zaki (depan kiri) Naufal, Azman dan Tawang (belakang kiri) mencuba juadah mi jawa dimasak anggotanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia