Utusan Borneo (Sarawak)

Keselamata­n di daerah Padawan terkawal dari aktiviti jenayah: Aidil

-

KUCHING: Keselamata­n di daerah Padawan khususnya di Taman Malihah, Matang dekat sini terkawal, kata Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­den Aidil Bolhassan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Dialog IPD Padawan Bersama Ketua Masyarakat Taman Malihah, Matang Ahad lepas.

“Keselamata­n di daerah Padawan lebih- lebih lagi di Taman Malihah adalah terkawal. Ini adalah hasil kerjasama daripada masyarakat setempat.

“Saya amat berharap kerjasama seperti ini akan diteruskan dalam usaha membantu polis membantera­s sebarang kegiatan jenayah,” katanya.

Beliau turut meminta orang ramai melapor serta menyalurka­n sebarang maklumat jenayah kepada polis dan memberi jaminan butir-butir pemberi maklumat akan dirahsiaka­n.

Pada masa sama Aidil mahu ibu bapa memantau aktiviti anak-anak agar mereka tidak terlibat dalam aktiviti jenayah.

“Setiap ahli masyarakat perlu saling ingat mengingati dan bertegur sapa supaya kita tahu siapa yang berada di sekeliling kita. Tidak bermakna kita ‘menyibuk’ tetapi perlu peka dengan persekitar­an,” tambahnya.

Sementara itu Tuai Rumah Taman Malihah Fasa 1 Adi Jala ketika berucap mewakili ketua masyarakat dari kawasan itu berkata usaha Polis Diraja Malaysia ( PRDM) khususnya IPD Padawan mendekati masyarakat amat dihargai.

“Menerusi cara ini, hubungan antara masyarakat atau kami selaku ketua masyarakat dengan polis dapat dieratkan lagi dalam menangani masalah dihadapi penduduk setempat.

“Kami juga amat menghargai sumbangan polis lebih-lebih lagi daripada IPD Padawan menjaga keselamata­n di kawasan ini.

“Saya percaya masyarakat di sini akan memberi kerjasama yang baik kepada polis bagi mencegah berlakunya jenayah di sini,” katanya.

Turut diadakan ceramah berkaitan kes penipuan akibat berkenalan menerusi laman sosial seperti Facebook.

Pendaftara­n ahli AMANITA PRDM juga diadakan.

Majlis itu dihadiri Timbalan Ketua Polis Daerh Padawan DSP Merbin Lisa, Penghulu Jonathan Jelai Lijam, Tuai Rumah Geoffery Francis (Taman Alamanda), Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Taman Malihah Ajun Lasu dan kira-kira 60 penduduk Taman Malihah.

 ??  ?? KENANGAN:Aidil (barisan tengah, enam kanan) bergambar bersama peserta dialog di Taman Malihah, Matang.
KENANGAN:Aidil (barisan tengah, enam kanan) bergambar bersama peserta dialog di Taman Malihah, Matang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia