Utusan Borneo (Sarawak)

Larangan bertatu diharap tidak menjejaska­n pengambila­n anggota, pegawai polis Dayak

-

MIRI: Persatuan Dayak Sarawak (PEDAS) berharap larangan bertatu tidak menjejaska­n pengambila­n anggota dan pegawai polis kaum Dayak khususnya etnik Iban negeri ini. Presiden PEDAS Mejar ( B) Kapten Collin Imran berkata bertatu di beberapa bahagian badan dalam kalangan masyarakat Dayak terutama kaum Iban adalah satu budaya dan tradisi.

“Malah, ada antara tatu dicacah di badan seseorang itu mempunyai maksud dan ritual tersendiri bagi masyarakat Dayak terutama kaum Iban,” katanya sebagai mengulas larangan bertatu dikeluarka­n Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sebagai contoh, tatu ‘bungai terung’ kerap diukir di keduadua bahagian bahu adalah tatu khusus untuk lelaki sahaja kerana membawa maksud ‘azimat’ bagi mereka yang sudah bersedia mengembara dan memikul tanggungja­wab berat serta bebanan sebagai anak lelaki dalam menyara dan mencari rezeki untuk keluargany­a.

“Saya bersetuju larangan terhadap bertatu ini, terutama tatu menggambar­kan lambang tertentu seperti kumpulan kongsi gelap ia memang wajar dilarang.

“Tetapi, saya memohon dan merayu bagi masyarakat Dayak dan Iban di negeri ini supaya polis tidak mengenakan syarat ‘ tidak bertatu’ untuk pengambila­n anggota baharu, jika hanya tatu ‘bunga terung’ sematamata,” jelasnya.

Menurut Collin, apa yang amat ditakutkan jika alasan bertatu itu menjadi ‘trend’ jabatan itu menyingkir­kan anak-anak muda kaum Dayak daripada berkhidmat bukan sahaja dengan PDRM malah bimbang dituruti jabatan lain.

Baru-baru ini, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Datuk Abdul Ghafar Rajab dipetik berkata, rakyat berminat menyertai pasukan polis perlu membuang tatu mereka sebelum menjalani temu duga.

Berdasarka­n garis panduan terbaharu, semua anggota dan pegawai polis beragama Islam dilarang bertatu manakala mereka bukan Islam termasuk Orang Asli dibenarkan bertatu berdasarka­n keperluan agama, budaya dan kepercayaa­n.

Beliau berkata, anggota dan pegawai polis bukan Islam hanya boleh mencacah tatu, selepas mengisi borang pengisytih­aran berserta alasan dan mendapat kelulusan pentadbira­n polis tetapi perlu memastikan tatu itu tidak kelihatan.

 ??  ?? COLLIN
COLLIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia