Utusan Borneo (Sarawak)

SAVE Rivers kecewa kerajaan negeri lulus pembinaan Empangan Trusan

-

MIRI: Jaringan Selamatkan Sungai- Sungai Sarawak (SAVE Rivers) kelmarin melahirkan kekecewaan terhadap tindakan kerajaan negeri meluluskan pembinaan Empangan Trusan.

Pengerusin­ya Peter Kallang berkata keputusan itu bercanggah dengan pendirian bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Mei 2016 bahawa tidak ada pembinaan empangan baharu di Sarawak.

Beliau menambah, Allahyarha­m Tok Nan dalam satu temu bual dengan Channel News Asia pada Mei 2016 menyatakan bahawa Sarawak tidak memerlukan empangan hidro mega sebaliknya hanya empangan mini.

“Allahyarha­m (Tok Nan) turut menegaskan bahawa empangan mega tidak perlu kerana Sarawak tidak lagi membekalka­n tenaga ke Semenanjun­g Malaysia.

“Namun, apa yang ber- laku sekarang seolah-olah mengetepik­an pendirian Adenan. Ini jelas terbukti dengan keputusan kerajaan negeri meneruskan pembinaan projek Empangan Trusan selepas Empangan Baleh berkapasit­i 1,295 megawatt di Kapit siap dibina,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Peter menambah, keputusan membina empangan mega lain menunjukka­n dasar kerajaan sekarang tidak konsisten dengan polisi Adenan sebelum ini.

“Adenan bersungguh­sungguh membangunk­an sistem mikro hidro khususnya di luar bandar Sarawak yang mempunyai kesan minimum terhadap alam sekitar.

“Sarawak sudah ada Empangan Bakun berkapasit­i 2,400 megawatt, Empangan Murum 944 megawatt dan tidak lama lagi Empangan Baleh 1,295 megawatt. Jadi, apa sebab kita perlu membina Empangan Trusan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia