Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar dinasihati agar pelajari, kuasai bahasa Inggeris

-

BINTULU: Pelajar di bahagian ini dinasihati agar mempelajar­i serta menguasai bahasa Inggeris sama ada daripada aspek penulisan atau pertuturan bagi memudahkan mereka semasa berada di institusi pengajian tinggi nanti, kata Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip.

Ini kerana jelasnya, hampir kesemua sumber rujukan semasa berada di instirusi pengajian tinggi nanti adalah dalam bahasa kedua negara itu.

“Sebaik-baiknya, para ibu bapa atau guru terutama guru Bahasa Inggeris harus menggalakk­an anak-anak mereka memberi tumpuan terhadap subjek berkenaan sejak dari peringkat awal pendidikan bagi menggalakk­an kumpulan sasar mempelajar­i bahasa berkenaan,” ujarnya.

Beliau berucap demikian semasa berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017 Pejabat Pendidikan Daerah Tatau di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Tatau, semalam.

Jelasnya, bagi tujuan itu katanya, beliau melalui jabatan berkaitan telah merangka satu jaringan program bahasa Inggeris bagi sekolah yang terdapat di sekitar kawasan Jepak hingga Kuala Tatau bagi memperheba­tkan lagi penguasaan bahasa terbabit dalam kalangan pelajar.

Katanya, walaupun ia bukanlah suatu usaha yang mudah, namun ia merupakan antara pendekatan terbaik kerajaan membantu pelajar luar bandar menguasai bahasa itu yang merupakan bahasa global yang digunakan hampir di seluruh pelosok dunia.

Dalam perkembang­an berkaitan, Talib turut mengumumka­n subangan sebanyak RM5,000 buat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Kuala Tatau.

Pada majlis tersebut, pelbagai acara telah diadakan bagi memeriahka­n suasana termasuk pertandain­gan karaoke lagu raya, pertanding­an busana raya, pertanding­an sedondon raya serta khemah tercantik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia