Utusan Borneo (Sarawak)

PIC 2017 diharap jadi pemangkin pelanconga­n sukan di Sarawak

-

KUCHING: Penganjura­n Padawan Internatio­nal 4x4 Challenge (PIC) 2017 diharap terus menjadi pemangkin kepada pelanconga­n sukan di negeri ini.

Menteri Muda Pengangkut­an merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong Datuk Dr Jerip Susil berkata program tahunan anjuran Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) itu bukan program sukan semata-mata.

Malah ia turut bertujuan memperkena­lkan tentang pemodenan kehidupan di kawasan luar bandar yang mampu dijadikan lokasi tarikan sebagai venue sukan permotoran lasak.

“Oleh itu, dalam usaha kita memperkena­lkan PIC ini sejak 2015, ia bukan sahaja membabitka­n aspek sukan, tetapi menerapkan nilai kebudayaan dan warisan penduduk setempat.

“Pengunjung yang datang ke program ini dapat diperkenal­kan dengan kehidupan masyarakat setempat terutama di kawasan luar bandar, tentang budayanya,” kata Dr Jerip semasa menghadiri majlis makan malam di sebuah hotel terkenal di sini, malam kelmarin.

Sehubungan itu, penganjura­n PIC wajar diteruskan pada masa akan datang, malah ia diharap dapat dilakukan di mana sahaja di negeri ini.

Apa yang penting katanya, kejohanan penuh cabaran itu dapat diteruskan serta mampu menjadi ikon di kawasan Padawan.

Terdahulu, Timbalan Pengerusi MPP merangkap pengerusi penganjur PIC Datuk Ahmad Ibrahim berkata program itu mampu mengembang­kan bakat terpendam dalam kalangan penggemar sukan lasak terutama bidang permotoran.

Beliau berharap program tersebut dapat dijadikan platform untuk mencungkil bakat baharu dalam sukan permotoran lasak.

Dalam perkembang­an sama, beliau turut menyempurn­akan majlis penyampaia­n hadiah kepada para pemenang.

Seramai 60 peserta telah mengambil bahagian dalam PIC 2017 menyaksika­n penyertaan dalam tiga kategori utama iaitu A, B dan C.

 ??  ?? MEMBANGGAK­AN: Pasukan dari Sarawak, Team Tiger Extreme bergambar kenangan selepas dinobatkan sebagai juara kategori B.
MEMBANGGAK­AN: Pasukan dari Sarawak, Team Tiger Extreme bergambar kenangan selepas dinobatkan sebagai juara kategori B.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia