Utusan Borneo (Sarawak)

250 orang dijangka hadiri Jejak Aspirasi Belia Sabtu ini

-

KUCHING: Sekitar 250 orang dijangka menghadiri program jangkauan belia luar bandar, Jejak Aspirasi Belia untuk mendedahka­n belia luar bandar kepada peluang pembanguna­n diri dalam pendidikan dan pembanguna­n kerjaya di Pakan, Sarikei pada Sabtu ini (29 Julai).

Acara sehari anjuran Angkatan Zaman Mansang ( AZAM) Sarawak dengan kerjasama Yayasan Sarawak itu, bakal disertai peserta yang terdiri daripada pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Julau dan SMK Pakan dan beberapa lepasan sekolah.

Yayasan Sarawak akan men- gendalikan sesi berhubung program biasiswa dan Pusat Kecemerlan­gan Teknikal Sarawak (CENTEXS) menjalanka­n sesi mengenai peluang pendidikan teknikal.

Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Universiti Malaysia Sarawak ( UNIMAS) pula akan berkongsi mengenai kepentinga­n teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam kerjaya masa depan khususnya dengan kemunculan ekonomi digital.

Sebagai sebahagian daripada program, aktviti interaktif berkumpula­n juga akan diadakan dengan tema-tema ‘Memupuk Generasi Kreatif & Inovatif’, ‘Membina Kreatif & Komuniti Inovatif’, ‘Kemahiran Temu Duga Untuk Kejayaan’ dan ‘ Dandanan Untuk Kejayaan’.

Pasukan UNIMAS merangkumi pelajar dan pelajar pascasiswa­zah akan mengadakan sesi pertama yang menekankan antara lain ‘Internet of Things’ ( IOT) untuk menimbulka­n minat di kalangan pelajar luar bandar mengenai kemungkina­n baharu dalam kerjaya ICT.

Manakala pasukan dari Borneo744 pula akan mengadakan sesi interaktif untuk menggalakk­an golongan muda memupuk bakat kreatif dan inovatif mereka ke arah membina masyarakat yang lebih dinamik dan berdaya usaha.

Seorang belia AZAM dan seorang pegawai Yayasan Sarawak akan memberi taklimat dan mengadakan demonstras­i untuk peserta tentang bagaimana menampilka­n diri dengan baik untuk mendapatka­n biasiswa atau temu duga kerja.

Sementara itu, kumpulan sukarelawa­n AZAM Young Soul yang berbakat akan memberi beberapa tutorial mengenai dandanan diri untuk menekankan pentingnya penampilan yang menyenangk­an di sekolah serta kehidupan bekerja.

 ??  ?? SELAMAT DATANG: Talib (kanan) berjabat tangan dengan warga SK Kuala Tatau sejurus tiba di pekarangan sekolah.
SELAMAT DATANG: Talib (kanan) berjabat tangan dengan warga SK Kuala Tatau sejurus tiba di pekarangan sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia