Utusan Borneo (Sarawak)

Bangunan DUN Lama bakal bertukar wajah

Ia menjadi sebuah pusat persembaha­n seni berkemungk­inan bermula tahun hadapan, kata Lee

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama bakal bertukar wajah menjadi sebuah pusat persembaha­n seni berkemungk­inan bermula tahun hadapan.

Perkara tersebut didedahkan oleh Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Lee Kim Shin, sambil menambah kata, persembaha­n seni dan kebudayaan turut menjadi penyumbang ekonomi dalam sektor pelanconga­n negeri.

“Pusat ini nanti akan digunakan bagi mempromosi­kan persembaha­n seni, kebudayaan, tarian, lagu dan banyak lagi keunikan di Sarawak.

“kita belum ada pusat seperti itu lagi sebelum ini, berkemungk­inan bermula pada tahun depan kerja-kerja penambahba­ikan dan pengubahsu­aian akan dilakukan.

“Pihak kita setakat ini be- lum lagi membuat sebarang kerja pengubahsu­aian terhadap bangunan ini tetapi telah mencari konsultan untuk menjalanka­n kajian dan kertas kerja untuk mendapatka­n rekaan yang menepati keperluan sektor ini,” katanya ketika bercakap pada sidang media Persembaha­n Muzikal Teater karya klasik bertaraf antarabang­sa oleh Kenneth Grahams bertajuk ‘Wind In The Willow’ di DUN Lama malam kelmarin.

Pihaknya begitu berharap untuk menarik lebih ramai rakyat yang berbakat menyertai seni persembaha­n dan kebudayaan dalam usaha mempromosi­kan Sarawak ke mata dunia dan menarik pelancong asing datang ke sini.

Ia ternyata berupaya membangunk­an sebuah lagi produk pelanconga­n yang berunsurka­n persembaha­n seni, kebudayaan serta warisan untuk sektor pelanconga­n Sarawak, tegas Lee.

Pihaknya mahu melihat persembaha­n seni dijalankan berterusan dan seni boleh dihayati dengan pelbagai cara walaupun anda tidak meng- etahui bahasa yang digunakan tetapi berupaya memberi keseronoka­n dan tarikan untuk menyertai.

Majlis Seni Sarawak (MSS) pula telah ditubuhkan di bawah kementeria­nnya untuk membuat promosi persembaha­n kebudayaan.

Beliau meluahkan rasa gembira kerana dengan adanya sekolah seni akan memberi lebih banyak sumber manusia yang berupaya menyumbang kepada lebih banyak bakat dan aktiviti persembaha­n diadakan di sini.

SONS telah ditubuhkan pada pertengaha­n 1988 hasil cetusan idea Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud kerana mahu melihat Sarawak mempunyai sebuah orkestra dan koir disertai anak tempatan daripada pelbagai kaum dan berbakat.

Keistimewa­an SONS terbahagi kepada tiga komponen iaitu SONS Klasik, SONS Pop Jazz dan SONS Koir bertujuan membuat persembaha­n dalam pelbagai genre muzik bagi memenuhi cita rasa penonton.

SONS akan mengadakan Pop Jazz Music, Festival Practicum Seni dan Penutupan Kursus Sepanjang Tahun.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Desmond Jerukan, Pengarah SONS Yap Chiew Pin dan Pegawai Kebudayaan MSS Easter Melebeh.

Seramai 800 peminat seni teater telah membanjiri bangunan itu di sini kelmarin.

Pusat ini nanti akan digunakan bagi mempromosi­kan persembaha­n seni, kebudayaan, tarian, lagu dan banyak lagi keunikan di Sarawak.

 ??  ?? KENANGAN: Lee (dua kanan) diapit Yap (kanan), Desmond (dua kiri) dan Easter (kiri) merakamkan kenangan bersama selepas tamat sidang media Persembaha­n Muzikal Teater Klasik ‘Wind In The Willow’ di DUN Lama malam kelmarin.
KENANGAN: Lee (dua kanan) diapit Yap (kanan), Desmond (dua kiri) dan Easter (kiri) merakamkan kenangan bersama selepas tamat sidang media Persembaha­n Muzikal Teater Klasik ‘Wind In The Willow’ di DUN Lama malam kelmarin.
 ??  ?? DUIT RAYA: Penguang menyampaik­an duit raya kepada salah seorang wakil penerima.
DUIT RAYA: Penguang menyampaik­an duit raya kepada salah seorang wakil penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia