Utusan Borneo (Sarawak)

Peniaga ketakutan diganggu ah long

Tiga laporan polis dibuat tetapi tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa

-

IPOH: Tindakan seorang peniaga yang berhutang dengan ceti haram atau ah long menyebabka­n hidupnya kini dalam ketakutan akibat sering diganggu dan turut dipukul sekumpulan ah long sejak sebulan lalu.

Chuah Chee Hooi, 47, yang menjalanka­n perniagaan kedai bingkai gambar di sini mendakwa dirinya mengalami kerugian sebanyak RM20,000 apabila ditipu sindiket pinjaman wang yang diketahuin­ya menerusi laman sosial Facebook pada Jun lepas.

“Pada mulanya saya ingin membuat pinjaman sebanyak RM40,000 untuk membayar hutang pinjaman perniagaan serta mahu membaik pulih kedai saya.

Mereka meminta saya membayar sejumlah wang sebagai yuran memproses pinjaman hampir setiap hari dan akhirnya saya tersedar telah ditipu apabila tidak menerima sebarang wang pinjaman daripada syarikat

Kehidupan saya kini tidak tenteram malah diugut hampir setiap hari, dipukul serta barang di kedai saya turut dirampas oleh anggota kumpulan ah long. Isteri saya mahu bercerai dengan saya malah anak-anak juga sudah tidak mempedulik­an saya lagi disebabkan kes ini. Chuah Chee Hooi Peniaga

terbabit.

“Akibat ditipu oleh sindiket pinjaman wang itu, saya terpaksa pinjam wang daripada ah long sebanyak RM60,000 untuk melangsaik­an hutang perniagaan serta membaik pulih kedai kerana kegagalan mendapatka­n pinjaman bank akibat nama saya telah disenarai hitam.

“Kehidupan saya kini tidak tenteram malah diugut hampir setiap hari, dipukul serta barang di kedai saya turut dirampas oleh anggota kumpulan ah long. Isteri saya mahu bercerai dengan saya malah anak-anak juga sudah tidak mempedulik­an saya lagi disebabkan kes ini,” katanya sambil menangis teresak-esak dalam sidang media di sini semalam.

Menyedari beliau ditipu sindiket dan takut diganggu sekumpulan ah long, beliau telah membuat tiga laporan polis dan mendakwa sehingga kini tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa.

Ketua Urusetia Pusat Khidmat Dan Aduan Barisan Nasional (BN) Perak, Mohd Rawi Abdullah yang menerima aduan daripada Chuah meminta agar pihak polis mengambil tindakan segera terhadap ah long supaya lelaki itu dapat hidup aman semula.

Beliau juga berharap orang ramai dapat mengambil pengajaran daripada kejadian itu kerana isu ah long bukan sesuatu yang baharu dan ia sememangny­a menyusahka­n banyak pihak. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KESAL: Chuah kini menjadi buruan ah long kerana gagal membayar bunga yang ditetapkan setelah ditipu oleh satu sindiket pinjaman wang yang diiklankan dalam laman sosial Facebook baru-baru ini.
— Gambar Bernama KESAL: Chuah kini menjadi buruan ah long kerana gagal membayar bunga yang ditetapkan setelah ditipu oleh satu sindiket pinjaman wang yang diiklankan dalam laman sosial Facebook baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia