Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas TKP JPJ mengaku tidak salah memandu di lorong kecemasan

-

PUTRAJAYA: Bekas Timbalan Ketua Pengarah (Perancanga­n dan Operasi) Jabatan Pengangkut­an Jalan ( JPJ) Datuk Yusoff Ayob yang sebelum ini didenda RM600 kerana memandu di lorong kecemasan, semalam didakwa semula di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan sama.

Yusoff, 58, yang ditukarkan ke Jabatan Perkhidmat­an Awam ( JPA) Jumaat lepas, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.

Dia didakwa atas pertuduhan memandu kereta dengan nombor pend a f t a r a n ‘ B L Y 6 8 ’ d i lorong kecemasan Lingkaran Putrajaya di Putrajaya kirakira 6.27 petang pada 7 Okt 2016 yang bertentang­an dengan Kaedah 53(1) Kaedah Lalu lintas Jalan 1959.

Selepas pertuduhan dibacakan Yusoff, yang memakai sut biru gelap menjawab “Saya mengaku tidak bersalah”. Semalam pertuduhan itu dibacakan semula dengan kehadiran Yusoff.

P a d a 1 8 J u l a i l e p - a s , Y u s o f f t i d a k h a d - ir di mahkamah sama bagi merekodkan pengakuann­ya tetapi telah menghantar p e g a w a i k h a s n y a b a - gi mewakiliny­a untuk mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Sek- syen 119( 1) © dan boleh dihukum di bawah Seksyen 119(2) Akta Pengangkut­an 1987 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan, jika sabit kesalahan.

Prosiding kes itu bermula jam 8.50 pagi dan berakhir pada 9 pagi. Yusoff yang merupakan Orang Kena Saman berdiri di luar kandang tertuduh.

T e r d a h u l u p e g u a m Datuk Baljit Singh Sid- hu memaklumka­n kepada mahkamah bahawa pihaknya akan mengemukak­an representa­si berhubung pertuduhan yang dihadapi anak guamnya kepada Jabatan Peguam Negara.

Beliau juga memohon supaya pihak pendakwaan membekalka­n dokumen berkaitan kes itu kepada pihak pembelaan mengikut Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Izzat Fauzan berkata pihaknya akan menyerahka­n dokumen itu sebelum perbicaraa­n dan memerlukan masa sebulan bagi mendapat maklum balas berhubung representa­si.

Majistret Syahrul Sazly Md Sain menetapkan 21 Ogos untuk mengetahui keputusan representa­si dan sebutan kes. Bagaimanap­un tiada jaminan ditawarkan kerana kes ini merupakan kes saman.

Wang denda RM600 juga telah dikembalik­an semula kepada Yusoff. Selepas kes itu Yusoff yang keluar dari mahkamah bersama peguamnya juga memberikan kerjasama dengan jurugambar yang merakam wajahnya.

Di luar mahkamah, Baljit ketika ditanya mengapa anak guamnya tidak hadir pada prosiding lepas, berkata terdapat kekeliruan dan Yusoff juga tidak men- dapat nasihat perundanga­n yang sewajarnya mengenai kes itu.

Kes Yusoff mendapat perhatian ramai setelah tidak hadir di mahkamah pada 18 Julai lepas sebaliknya menghantar pegawai khasnya untuk mengaku bersalah terhadap tuduhan yang dihadapiny­a.

M a j i s t r e t N i k I s f a - hanie Tasnim Wan Ab Rahman menjatuhka­n hukuman denda RM600 terhadapny­a. Pegawai khasnya telah membayar denda itu.

Bagaimanap­un pada 21 J u l a i ( J u m a a t l e p a s ) Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintah­kan Yusoff didakwa semula dan membuat pengakuan sendiri terhadap tuduhan itu.

Pesuruhjay­a Kehakiman Datuk Indera Ab Karim Ab Rahman yang menggunaka­n kuasanya untuk menyemak keputusan Mahkamah Majistret itu juga mengetepik­an hukuman denda RM600 yang dijatuhkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim.

Beliau juga mengarahka­n supaya kes itu didengar di hadapan majistret baharu.

Pada hari sama, Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus Sharif juga memberitah­u pemberita pada satu majlis bahawa kes itu telah dikembalik­an semula ke Mahkamah Majistret. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIBICARA: Yusoff keluar dari Mahkamah Majistret Putrajaya di Putrajaya, semalam selepas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memandu di lorong kecemasan di Lingkaran Putrajaya pada 7 Oktober lepas.
— Gambar Bernama DIBICARA: Yusoff keluar dari Mahkamah Majistret Putrajaya di Putrajaya, semalam selepas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memandu di lorong kecemasan di Lingkaran Putrajaya pada 7 Oktober lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia