Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas pemain kebangsaan dihukum denda sekali lagi

-

KUALA LUMPUR: Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Hardi Jaafar sekali lagi dikenakan hukuman denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, kerana menumbuk muka seorang pelajar warga Yaman berusia 13 tahun di dalam lif di sebuah kondominiu­m di sini, Sabtu lepas.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menjatuhka­n hukuman itu terhadap Mohamad Hardi, 38, selepas dia mengaku bersalah dengan sengaja mendatangk­an kecederaan kepada remaja lelaki itu dengan menumbuk muka sebelah kanan mangsa.

Mahkamah juga memerintah­kan dia dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda itu.

Mohamad Hardi membayar denda.

Dia, yang kini merupakan jurulatih bola sepak, didakwa melakukan perbuatan tersebut di dalam lif, di sebuah kondominiu­m, di Jalan Midah 8A, Taman Midah, di sini, pada jam 11 malam, 22 Julai lepas.

P e r t u d u h a n mengikut mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun, atau denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya.

Terdahulu, Mohamad Hardi dalam rayuannya memohon dikenakan hukuman ringan dengan alasan dia tidak mempunyai pendapatan tetap serta menyesal atas perbuatann­ya.

“Saya sudah mohon maaf kepada mangsa dan keluarga, mohon hukuman berbentuk denda yang rendah,” katanya.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa Raya, Noorelynna Hanim Abdul Halim memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal berbentuk pengajaran kerana ia bukan kesalahan pertama tertuduh.

Berdasarka­n fakta kes, pada hari kejadian berlaku perselisih­an faham antara tertuduh dan mangsa di dalam lif selepas pelajar itu terlanggar bahunya.

Pada 18 April lepas, tertuduh, yang juga bekas pemain Selangor, dikenakan hukuman denda RM1,500 kerana mencederak­an seorang pengawal keselamata­n warga Nepal di tepi pondok pengawal Prisma Cheras Kondominiu­m, Cheras, di sini, pada 31 Julai, tahun lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia