Utusan Borneo (Sarawak)

Selangor catat kes tertinggi buang bayi

-

KUALA LUMPUR: Sebanyak 697 kes pembuangan bayi direkodkan bagi tempoh 2010 hingga 2016 dengan Selangor mencatatka­n kes tertinggi pada 157 kes, persidanga­n Dewan Rakyat diberitahu semalam.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata berdasarka­n statistik Polis Diraja Malaysia, negeri lain yang merekodkan kes tertinggi ialah Sabah dan Johor dengan masing-masing 84 kes, diikuti Kuala Lumpur (65) dan Sarawak (49).

Beliau berkata, sebanyak 91 kes dicatatkan pada 2010; 98 kes pada 2011 dan menurun kepada 89 kes pada 2012.

“Jumlah kes meningkat semula pada 2013, 2014, 2015 dan 2016 iaitu masing-masing 90 kes, 103 kes, 111 kes dan 115 kes,” katanya menjawab soalan Teo Nie Ching (DAPKulai) pada sesi pertanyaan jawab lisan.

Menjawab soalan tambahan Dr Michael Jeyakumar Devaraj ( PSM- Sungai Siput), Rohani berkata sebanyak 35 bayi ditinggalk­an di fasiliti ‘ baby hatch’ sepanjang tempoh sama.

Mengenai isu kerakyatan bayi yang terdampar atau ditinggalk­an di fasiliti itu, Rohani berkata pemberian kerakyatan tertakluk kepada Perkara 15A Perlembaga­an Persekutua­n di bawah bidang kuasa Kementeria­n Dalam Negeri (KDN).

B a g a i m a n a - pun katanya, kementeria­n melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM) sentiasa memastikan kebajikan bayi terbabit terbela dengan menempatka­n mereka di institusi JKM atau keluarga pelihara sebelum membantu dalam proses permohonan kerakyatan.

“Ini termasuk menguruska­n terlebih dahulu permohonan Daftar Lewat Kelahiran di Jabatan Pendaftara­n Negara bagi kanak-kanak yang ditinggalk­an dan belum memperoleh sijil kelahiran selain menguruska­n permohonan kewarganeg­araan kanak-kanak yang belum ditentukan kewarganeg­araan dengan memanjangk­an permohonan kepada KDN,” katanya. — Bernama KUALA LUMPUR: Gerakan Kesederhan­aan Global (GMM) bukan satu pertubuhan yang gagal dalam menangani masalah Islamophob­ia, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pada sidang Dewan Rakyat semalam.

Beliau berkata, pertubuhan itu sering dijemput ke luar negara untuk berkongsi pengalaman mengenai masalah tersebut antaranya ke negara-negara Asia Tengah, India, Sri Lanka, Maldives dan Kyrgyzstan.

“Saya tidak lihat peranan GMM tidak relevan. Cuma daripada soalan berkenan Islamophob­ia, ia tidak boleh diperangi daripada satu perspektif sahaja malah ia daripada pelbagai perspektif,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah).

Kit Siang bertanya sama ada penubuhan GMM itu berkesan dalam menangani Islamophob­ia.

Reezal Mercan berkata gejala Islamophob­ia tidak boleh diatasi oleh Malaysia semata-mata kerana ia perlu dilakukan secara bersama oleh negara Islam dan negara bukan Islam. — Bernama KUALA LUMPUR: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an akan memperkena­lkan formula pengiraan caj bayaran lewat yang seragam dan berpatutan kepada peminjam yang dikenakan caj itu oleh syarikat pemberi kemudahan kredit.

Menteri berkenaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, caj yang dikenakan itu akan bergantung kepada kadar inflasi dan polisi kewangan semasa.

“Buat masa ini, peminjam dikenakan caj bayaran lewat walaupun mereka terlewat membuat bayaran ansuran sehari mahupun sebulan atau dua bulan. Kebiasaann­ya caj bayaran bermula daripada RM10 hingga RM40,” katanya semasa pertanyaan menteri (MQT) pada persidanga­n Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid ( BN- Kota Tinggi) mengenai langkah kementeria­n untuk melindungi peminjam yang dikenakan caj bayaran lewat oleh syarikat pemberi kemudahan kredit akibat gagal membuat pembayaran dalam tempoh ditetapkan.

Hamzah berkata, pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan beberapa pemain industri supaya formula pengiraan caj bayaran lewat itu memberi faedah kepada keduadua pihak. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia