Utusan Borneo (Sarawak)

Sistem e-IPTS dijangka percepat kelulusan permohonan daripada IPTS

-

SHAH ALAM: Sistem eIPTS yang dibangun Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) dijangka dapat mempercepa­tkan proses kelulusan sebarang permohonan daripada institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Menterinya Datuk Seri Idris Jusoh berkata, sistem secara dalam talian yang dibangunka­n dengan kerjasama tiga universiti awam itu menggantik­an proses permohonan secara manual yang dilihat mengambil masa lama untuk diselesaik­an.

“Sistem e-IPTS ini boleh diakses di mana- mana sahaja pada bila- bila masa sekiranya ada servis In- ternet. Pihak IPTS juga boleh menyemak kemajuan permohonan yang dilakukan termasuk kelulusan menerusi sistem tersebut.

“Dengan adanya sistem ini, diharap dapat meningkatk­an lagi mutu perkhidmat­an KPT dan menepati piagam pelanggan kita dalam menyelesai­kan segera sebarang proses permohonan yang dibuat oleh IPTS,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sistem itu di HELP University, di sini semalam.

Menurut Idris, eIPTS juga menjadi platform kepada KPT untuk mengumpul maklumat berkai- tan semua IPTS di seluruh negara secara lebih komprehens­if sebagai rujukan pada masa depan.

Sistem e-IPTS mengandung­i tujuh modul yang boleh diakses iaitu modul penubuhan IPTS, modul pendaftara­n IPTS, modul ketua eksekutif, modul kursus pengajian, modul pelajar, modul tenaga pengajar dan modul inspektora­t.

Mula dilaksanak­an pada 3 April lepas dengan melibatkan 24 IPTS sebagai projek perintis, sistem itu kini mula menerima akses melibatkan pelbagai permohonan daripada kesemua 495 IPTS di seluruh negara.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Kolej-kolej dan Universiti- universiti Swasta Malaysia (MAPCU) Datuk Dr Parmjit Singh berkata kewujudan sistem seumpama e-IPTS memang dinantikan sektor itu dalam melicinkan sebarang proses permohonan termasuk penubuhan institusi pendidikan swasta yang baharu.

“Sistem ini sangat memudahkan kerja. Kita tidak perlu menghadapi karenah kakitangan ketika berurusan malah ia juga menjimatka­n masa apabila maklumat yang dikumpul secara integrasi dapat diakses oleh pelbagai jabatan di KPT. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERTANYA KHABAR: Idris (kiri) beramah mesra bersama penuntut Universiti HELP selepas melancarka­n Sistem e-IPTS dan Hari Bersama Pelangan JPT 2017 di Shah Alam, semalam.
— Gambar Bernama BERTANYA KHABAR: Idris (kiri) beramah mesra bersama penuntut Universiti HELP selepas melancarka­n Sistem e-IPTS dan Hari Bersama Pelangan JPT 2017 di Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia