Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada rombakan besarbesar­an dalam JPJ: Ab Aziz

Hanya dua pegawai kanan JPJ ditukar ke jabatan lain

-

PUTRAJAYA: Tiada keperluan untuk diadakan rombakan besarbesar­an dalam Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) susulan pertukaran dua pegawai kanan jabatan itu ke jabatan lain, kata Timbalan Menteri Pengangkut­an Datuk Ab Aziz Kaprawi.

“Tiada rombakan, hanya mengisi tempat yang kosong sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Penghargaa­n Kempen Keselamata­n Jalan Raya dan Operasi Bersepadu sempena Hari Raya Aidilfitri peringkat Kebangsaan, di sini semalam.

Beliau ditanya jika JPJ akan melakukan rombakan besar- besaran susulan pertukaran Timbalan Ketua Pengarah Operasi JPJ Datuk Yusoff Ayob dan Pengarah Penguat Kuasanya Datuk V Valluvan Veloo ke Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) berkuat kuasa Jumaat lepas.

Menurut laporan, pertukaran Yusoff dipercayai mempunyai kaitan dengan kes mahkamah yang dihadapiny­a berhubung penggunaan lorong kecemasan manakala pertukaran Valluvan diper- cayai berkaitan dengan insiden pembabitan tiga anggota Pasukan Tindakan Khas (PTK) JPJ dalam kes pecah masuk pejabat Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Nadzri Siron pada 13 Julai lepas.

Mengenai tiga anggota PTK terbabit, Abdul Aziz berkata tindakan terhadap mereka akan diputuskan JPA dan polis juga masih menyiasat kes berkenaan.

“Oleh kerana ia kes jenayah, polis akan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata satu modul pendidikan keselamata­n jalan raya baharu untuk sekolah rendah dan menengah akan dikeluarka­n Jabatan Keselamata­n Jalan Raya (JKJR) tahun depan.

Menurutnya, modul itu yang akan dijadikan sisipan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu itu diperkukuh­kan lagi dengan info grafik dan praktikal serta sesuai dengan situasi di negara ini.

Abdul Aziz berkata modul sedia ada yang diguna pakai sejak 10 tahun lepas adalah mengikut modul Australia yang tidak lagi sesuai untuk dipraktikk­an di negara ini.

“Pendidikan keselamata­n jalan raya sangat penting bagi melahirkan masyarakat yang berdisipli­n dan memahami keperluan mematuhi peraturan jalan raya,” katanya.

Selain JKJR, turut terlibat dalam pembentuka­n modul baharu itu ialah Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya ( MIROS) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). — Bernama

Tiada rombakan, hanya mengisi tempat yang kosong sahaja. Datuk Ab Aziz Kaprawi Timbalan Menteri Pengangkut­an

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia