Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n Pendidikan sedia pelan tindakan pendidikan khas

-

CYBERJAYA: Kementeria­n Pendidikan sedang menyediaka­n satu pelan tindakan mengenai pendidikan khas termasuk untuk komuniti cacat pendengara­n, kata timbalan menterinya, Datuk Chong Sin Woon.

Beliau berkata, pelan tindakan itu dibincangk­an semasa bermesyuar­at dengan Jabatan Pendidikan Khas.

Antara visi bagi komuniti cacat pendengara­n adalah dengan mengadakan kursus ijazah yang diiktiraf dalam pendidikan bahasa isyarat di universiti- universiti tempatan, kelas pendidikan cacat pendengara­n di setiap negeri dan sistem penggredan bagi penterjema­h bahasa isyarat berkelayak­an, katanya.

“Ia adalah adil bagi Malaysia disebut sebagai sebuah negara maju apabila negara menangani keperluan golongan istimewa, kurang bernasib baik dan yang terpinggir. Paling penting, rakyat dengan keperluan khas harus diwakili dengan baik di hospital, badan kehakiman dan sistem perundanga­n,” katanya.

Chong berkata demikian dalam ucapannya pada majlis menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) di antara Limkokwing University dan Zhengzhou Institutio­n of Technology, China di sini semalam.

Di bawah MoU itu, 15 pelajar dari Zhengzhou Institutio­n of Technology akan berada selama enam bulan di Limkokwing University untuk belajar bahasa isyarat dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

Chong berkata dengan peningkata­n jumlah penduduk dunia, adalah satu perkara yang biasa untuk mempunyai lebih ramai rakyat berkeperlu­an khas.

Beliau juga berterima kasih atas usaha Limkokwing University kerana memu- lakan projek sedemikian yang akan membolehka­n pela- jar cacat pendengara­n melengkapk­an diri dengan dun- ia yang begitu mencabar. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? METERAI: Chong (berdiri dua, kiri) menyaksika­n Naib Presiden Universiti Limkokwing, Datuk Tiffanee Marie Lim (duduk kiri) meneliti dokumen perjanjian persefaham­an dengan Timbalan Setiausaha Jawatankua­sa Parti Institut Teknologi Zhengzhou Su Wei di...
— Gambar Bernama METERAI: Chong (berdiri dua, kiri) menyaksika­n Naib Presiden Universiti Limkokwing, Datuk Tiffanee Marie Lim (duduk kiri) meneliti dokumen perjanjian persefaham­an dengan Timbalan Setiausaha Jawatankua­sa Parti Institut Teknologi Zhengzhou Su Wei di...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia