Utusan Borneo (Sarawak)

Masih ada 6,000 vaksin rabies dalam simpanan

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Kesihatan berkata bekalan vaksin rabies adalah mencukupi kerana masih terdapat 6,000 simpanan vaksin yang belum digunakan daripada keseluruha­n 8,000 vaksin yang disediakan.

Menteri berkenaan Datuk Seri Dr S. Subramania­m berkata, setakat ini hanya 2,000 vaksin sudah digunakan untuk mencegah penularan wabak rabies.

“Isu kekurangan bekalan vaksin ini sepatutnya tidak berbangkit dan semasa (sesi soal jawab) Dewan Rakyat saya sudah jawab. Jadi tuduhan ( sesetengah pihak) seolah-olah saya memberi maklumat salah itu tidak betul.

“Pembangkan­g menggunaka­n isu ini sebagai ‘political mileage’ dan cuba mencipta isu. Mereka sepatutnya bekerjasam­a dengan kerajaan dalam menangani masalah ini,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen semalam.

Terdahulu, Ahli Parlimen Stampin Julian Tan Kok Ping ( DAP) diarah keluar dari Dewan Rakyat oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee apabila mengganggu sesi pertanyaan jawab lisan kerana tidak berpuas hati dengan jawapan diberikan Dr Subramania­m mengenai wabak rabies.

D r S u b r a m a n i a m berkata, dakwaan bahawa doktor tidak memberikan suntikan vaksin setelah digigit anjing juga adalah tidak benar.

Katanya, kementeria­n akan memberikan suntikan vaksin jika mangsa digigit anjing dalam lokaliti jangkitan wabak rabies.

“Jika seseorang digigit anjing di kawasan di luar jangkitan, ia bukan prosedur operasi standard (SOP) untuk memberikan vaksin tetapi, keputusan akhir akan ditentukan doktor sama ada perlu atau tidak untuk menerima vaksin,” katanya.

D r S u b r a m a n i - am berkata, kerajaan hanya akan mengumumka­n sesuatu kawasan itu bebas wabak rabies selepas tiada jangkitan positif kepada manusia dan haiwan untuk tempoh dua tahun. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? JAWAB PERTANYAAN: Dr Subramania­m ketika ditemu bual wartawan pada persidanga­n Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama JAWAB PERTANYAAN: Dr Subramania­m ketika ditemu bual wartawan pada persidanga­n Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia