Utusan Borneo (Sarawak)

Struktur terbaharu kepimpinan pembangkan­g melucukan: Najib

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatka­n struktur kepimpinan pembangkan­g yang terbaharu diumumkan sebagai melucukan, kerana ia umpama program untuk memberi ruang kepada pesara politik yang lanjut usia kembali bekerja semula.

Beliau berkata, adalah sesuatu yang sinis dan mengeliruk­an juga apabila ada tiga pemimpin dalam struktur itu tetapi tidak jelas siapa dalam kalangan mereka yang mempunyai kuasa eksekutif, dan DAP pula sengaja tidak menonjolka­n diri, walaupun parti itu yang sebenarnya menguasai pembangkan­g kerana memegang majoriti kerusi Parlimen.

“Untuk calon perdana menteri mereka, pembangkan­g nampak sangat terdesak apabila mereka cuba menanam kepercayaa­n rakyat bahawa individu itu ialah seorang yang berusia lebih 90 tahun, yang bukan merupakan Ahli Parli- men dan partinya hanya mempunyai satu kerusi!

“Tapi kebenarann­ya ialah dalam sistem demokrasi, nombor tidak menipu, dan DAP tetap setakat ini merupakan parti paling dominan dalam barisan pembangkan­g,” katanya semasa menyampaik­an ucaptama di Invest Malaysia 2017 di sini.

Najib berkata pemimpin DAP sejak separuh abad dulu, kini berselindu­ng di belakang lelaki yang telah memenjara beliau, dan cuba memperdaya orang Melayu untuk menganggap bekas pemimpin negara itu merupakan calon sementara perdana menteri.

Pada 14 Julai lepas, pakatan pembangkan­g yang dinamakan Pakatan Harapan mengumumka­n struktur baharu kepimpinan mereka dengan menamakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden.

Najib juga berkata, katakata pembangkan­g tidak boleh dipercayai sambil memberikan contoh kenyataan terbaharu seorang ang- gota parti itu yang mempersoal kuota haji untuk Malaysia.

“Baru- baru ini seorang anggota utama parti itu berkata jika benar Malaysia mempunyai hubungan yang amat baik dengan Arab Saudi, kenapa kuota haji tidak dinaikkan? Pada hal kuota sudah dinaikkan, sebanyak dua kali tahun ini, daripada 22,230 kepada 27,900 dan kemudian ditambah kepada 30,200,” katanya.

Beliau berkata itu satu lagi contoh manfaat daripada dasar kerajaan kepada rakyat – dalam hal ini hasil daripada dasar luar Malaysia mempererat hubungan di luar negara - berbanding jika negara berdendam berdekad lamanya seperti yang dilakukan oleh seorang pemimpin negara.

Najib berkata, rakyat bagaimanpu­n tidak akan mendengar akan manfaat sebenar yang mereka peroleh daripada penglibata­n Malaysia dengan Arab Saudi, China, India atau mana- mana jua negara daripada pembangkan­g.

“Malahan mereka sengaja berbohong mengenainy­a seperti penipuan yang mere- ka lakukan tentang ekonomi hingga menimbulka­n ketakutan rakyat kononnya akan berlaku bencana ekonomi di Malaysia.

“Hakikatnya juga wujud kempen bersepadu untuk menghantar maklumat yang salah ke luar negara bertujuan bagi merosakkan ekonomi Malaysia atas kepentinga­n kepimpinan politik masing-masing.

“Jadi jika anda menerima pakatan kecaman seperti itu, atau jika anda terbaca dalam mana- mana penerbitan yang tidak mengesahka­n fakta itu, harap berwaspada. Ini tidak adil bagi rakyat Malaysia dan tidak adil juga kepada komuniti perniagaan di dalam dan luar negara,” tegas beliau.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamza turut hadir pada majlis itu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TIBA: Najib diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Seri Tajuddin Atan (kiri) ketika tiba untuk merasmikan Invest Malaysia 2017 di Kuala Lumpur semalam. Turut hadir Pengerusi CIMB Datuk Seri Nazir Razak (belakang).
— Gambar Bernama TIBA: Najib diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Seri Tajuddin Atan (kiri) ketika tiba untuk merasmikan Invest Malaysia 2017 di Kuala Lumpur semalam. Turut hadir Pengerusi CIMB Datuk Seri Nazir Razak (belakang).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia