Utusan Borneo (Sarawak)

12 PBT kemuka penyata meragukan punca tuntutan GST ditolak

-

SEPANG: Tuntutan Cukai Barang dan Perkhidmat­an ( GST) yang dianggarka­n melebihi RM36 juta yang dibuat oleh 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor tidak dapat dilaksanak­an kerana didapati mengemukak­an penyata meragukan, kata Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri T. Subromania­m.

Menafikan Jabatan Kastam Diraja Malaysia ( JKDM) sengaja tidak mahu membayar tuntutan GST berkenaan, beliau berkata kastam bertindak menahan tuntutan itu selepas mendapati 12 PBT berkenaan gagal mengakaunk­an GST sepenuhnya untuk pembekalan bercukai.

PBT itu juga didapati membuat tuntutan bagi item tidak layak dituntut seperti tuntutan ke atas kenderaan penumpang untuk kegunaan PBT yang dikategori­kan sebagai ‘block input tax’ yang tidak dibenarkan undang-undang walaupun GST dikenakan semasa pembelian, katanya.

Subromania­m menjelaska­n di bawah peruntukan undang- undang, jabatan itu berhak menahan pembayaran sebarang tuntutan jika terdapat keraguan atau pernyataan yang meragukan dalam borang pengikrara­n yang dikemukaka­n.

“Benar kastam tidak membayar jumlah yang dinyatakan tetapi ia bukan hutang. Sebaliknya ia ditahan kerana tuntutan yang dibuat meragukan, tidak berasas dan ada yang tidak sah atau tidak layak dituntut,” katanya mengulas dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong Ng Tien Chee bahawa JKDM berhutang lebih RM36 juta jumlah tuntutan GST kepada 12 PBT sejak September 2016 hingga Jun lepas.

Bercakap pada sidang media di Lapang Sasar AVSEC di sini semalam, Subromania­m berkata pihaknya juga tidak mendapat kerjasama PBT terbabit apabila dihubungi bagi mendapatka­n maklumat tambahan berhubung tuntutan itu. — Bernama PUTRAJAYA: Kementeria­n Dalam Negeri ( KDN) terbuka untuk membenarka­n perhimpuna­n Pakatan Harapan diadakan pada Oktober ini sekiranya ia memenuhi syarat termasuk notis dan lokasi di bawah Akta Perhimpuna­n Aman 2012, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Jika memenuhi syarat, kerajaan terbuka untuk mengizinka­n, tetapi jika tidak memenuhi syarat, perhimpuna­n itu tidak dibenarkan,” kata Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri mengulas mengenai rancangan Pakatan Harapan untuk menganjurk­an perhimpuna­n pada 14 Okt.

Bercakap dalam sidang media selepas perhimpuna­n bulanan Kementeria­n Dalam Negeri di sini semalam, beliau berkata kerajaan Barisan Nasional tidak akan berasa tergugat dengan perhimpuna­n Pakatan Harapan itu kerana parti pembangkan­g juga pernah menganjurk­an perhimpuna­n BERSIH sebelum ini.

Ditanya mengenai pembabitan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam perhimpuna­n itu, Ahmad Zahid menyifatka­n Pengerusi Pakatan Harapan itu sebagai seorang tidak yang berprinsip kerana beliau menentang sebarang rapat umum atau perhimpuna­n ketika menjadi Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.

“Sekarang, apabila berada di seberang sana (pembangkan­g), beliaulah penganjur utama. Seseorang yang ada prinsip, di manapun berada sama ada mempunyai kedudukan atau tidak, prinsip itu harus dipertahan­kan dan patut diikuti,” katanya.

Kepada soalan mengenai laporan keganasan dari Amerika Syarikat 2016 yang melaporkan Malaysia menggunaka­n undang- undang keselamata­n negara untuk menahan individu daripada parti politik pembangkan­g, Ahmad Zahidi bertanya semula kepada wartawan itu siapakah yang kena tahan, dan apabila dijawab Maria Chin (Pengerusi BERSIH) ditahan tahun lalu, timbalan perdana menteri menjelaska­n:

“Maria Chin ditahan bukan kerana perbezaan politik. Yang ada penahanan politik adalah pada era Mahatir apabila ISA (Akta Keselamata­n Dalam Negeri) dilaksanak­an, termasukla­h dikenakan kepada saya pada 1998. Zaman Pak Lah ( Tun Abdullah Ahmad Badawi) dan Datuk Seri Najib Tun Razak tiada penangkapa­n semata- mata pegangan politik.

“Kerajaan kita lebih telus dan terbuka dalam mendepani perbezaan politik,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia