Utusan Borneo (Sarawak)

Teliti semula cara penggunaan peruntukan MARRIS di setiap negeri

-

SHAH ALAM: Kerajaan Persekutua­n perlu meneliti semula cara penggunaan dana Sistem Maklumat RekodRekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) di setiap negeri bagi memastikan peruntukan itu tidak disalah guna dengan sewenang-wenangnya.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata ini kerana pihaknya mendapati terdapat dakwaan dana itu telah disalahgun­akan oleh kerajaan negeri Selangor untuk membaik pulih dua buah dewan di Kampung Padang Jawa dan Kampung Kuantan, kedua-duanya di Klang.

“Jika dakwaan ini benar, ia secara jelas melanggar garis panduan penggunaan wang MARRIS yang ditetapkan. Kita mahu Kementeria­n Kewangan dan Kementeria­n Kerja Raya teliti semula cara penggunaan wang MARRIS ini... adakah satu tindakan perlu diambil terhadap kerajaan negeri.

“Kita juga gesa kerajaan negeri untuk menyiasat secara terperinci bagaimana penggunaan wang MARRIS di luar daripada apa yang dibenarkan. Ini yang kita bimbang dan kita harap kedua-dua pihak ini (Kerajaan Persekutua­n dan negeri) akan ambil perhatian,” katanya kepada pemberita di lobi Bangunan Dewan Negeri Selangor di sini semalam, selepas sidang Dewan Undangan Negeri ( DUN) ditangguhk­an.

Kelmarin, perkara sama dibangkitk­an oleh Penyelaras Pembanguna­n Kerajaan Persekutua­n Parlimen Shah Alam, Datuk Azhari Shaari yang mendakwa papan tanda bagi kerja membaik pulih kedua-dua dewan itu ditulis sebagai ‘Projek Infrastruk­tur Marris’.

Menurut Azhari, keduadua papan tanda berkenaan bagaimanap­un telah ditukar selepas isu itu ditularkan di laman sosial. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia