Utusan Borneo (Sarawak)

Gol Martens pelihara rekod sempurna Belanda

Denmark sertai skuad tuan rumah mara ke suku akhir kejohanan Euro wanita selepas benam Norway 1-0

-

DEVENTER: Pasukan tuan rumah Belanda menewaskan pasukan negara jiran Belgium 2- 1 untuk mara ke peringkat suku akhir Euro wanita di samping Denmark, yang mengatasi naib juara 2013 Norway 1-0 dalam Kumpulan A kelmarin.

Di Tilburg, Sherida Spitse menyempurn­akan tendangan penalti – yang kedua baginya dalam dua perlawanan – pada minit ke-27 untuk meletakkan Belanda di hadapan setelah Maud Coutereels menjatuhka­n Jackie Groenen dalam kotak penalti.

Tessa Wullaert menyamakan kedudukan bagi Belgium pada minit ke-59 dengan satu tendangan tinggi yang mengejutka­n penjaga gol Sari van Veenendaal.

Namun Lieke Martens membantu pasukan tuan rumah memelihara rekod mereka yang sempurna bagi tiga kemenangan dalam tiga perlawanan dengan satu rembatan yang terkena pemain pertahanan Heleen Jaques dan melantun ke atas penjaga gol Justien Odeurs.

Di Deventer, pemain Denmark Katrine Veje menjaringk­an pada minit kelima apabila dia merembat bola melepasi penjaga gol Norway Ingrid Hjelmseth selepas menerima umpanan dari kapten Pernille Harder.

Norway mensia- siakan satu tendangan penalti sejurus sebelum waktu rehat apabila penjaga gol Denmark Stina Lykke Petersen mengeluark­an rembatan Caroline Graham Hansen ekoran kekasaran ke atas penyerang, Ada Hegerberg.

Denmark menduduki tempat kedua dengan enam mata, di hadapan Belgium dengan tiga mata dan Norway – yang sudah mara ke peringkat kalah mati setiap kali sejak 1997 – kosong

Kami sangat gembira kerana memenangi ketiga-tiga perlawanan, iaitu hasil yang boleh dibanggaka­n. Saya seronok pada malam ini, tetapi kami akan

Sabtu.” fokus kepada pagi Lieke Martens Pemain Belanda

mata.

Belanda menguasai permainan hampir sepanjang perlawanan, dengan Martens yang merembat bola tinggi pada minit ke-11.

Belgium, yang bermain dalam Kejohanan Eropah buat pertama kalinya, dapat menyamakan kedudukan pada awal perlawanan tetapi Janice Cayman menguis bola ke atas palang gol selepas waktu rehat.

Pada minit- minit akhir, Davina Philtjens melakukan rembatan percuma ke atas gol Belanda, Wullaert menyaksika­n rembatan kaki kirinya ditolak ke atas oleh Van Veenendaal dan Jaques melihat tandukanny­a dikeluarka­n di atas garisan gol.

“Kami sangat gembira kerana memenangi ketigatiga perlawanan, iaitu hasil yang boleh dibanggaka­n. Saya seronok pada malam ini, tetapi kami akan fokus kepada pagi Sabtu,” kata Martens.

“Kami masih belum lagi mencapai apa- apa, tetapi kami harap kami dapat menunjukka­n sesuatu yang bagus sekali lagi pada peringkat suku akhir.”

“Kami bermula den- gan baik, memberi sedikit tekanan. Selepas itu Belanda memasuki perlawanan dengan kualiti mereka,” kata jurulatih Belgium, Ives Serneels.

“Kami hanya perlu m e n g a m - bil langkah s e t e r u s - nya untuk memajukan lagi bola sepak wanita di negara kami. Namun ini adalah kelayakan pertama kami bagi kejohanan akhir dan saya sangat bangga dengan apa yang kami capai.”

Denm a r k memburu gol dari m u l a l a g i , tetapi Harder dan Stine Larsen gagal menemui sasaran. Norway perlahan- lahan mengambil alih permainan, tetapi Guro Reiten melakukan dua rembatan yang tinggi. Denmark ternyata lebih berbahaya, dan Hjelmseth menghalang rembatan dari Sanne Troelsgaar­d dan Frederikke Thoegersen, manakala Nadia Nadim mensia-siakan satu peluang dan kemudian dinafikan oleh Hjelmseth selepas waktu rehat. Di gawang lawan, Graham Hansen merembat bola yang melepasi palang g o l d a n kemudian cubaannya t e r k e n a tiang deng a n s a t u t e n d a n g a n lintang ala r e m b a t a n lima minit sebelum tamat. Manakala lantunan Ingrid Wold dirembat ke palang oleh Petersen.

“Ini adalah perlawanan yang sangat sukar bagi kami,” kata jurulatih Denmark, Nils Nielsen.

“Babak pertama milik kami dan kami mencipta peluang yang kami perlukan. Pada separuh masa kedua, kami membuat perubahan sedikit dan Norway mengenakan tekanan yang tinggi ke atas kami dan mungkin mereka sepatutnya menjaringk­an gol tetapi ia langsung tidak masuk untuk mereka.”

“Kami mungkin sedikit bertuah tetapi kami mengejar tuah.”

Jurulatih Norway Martin Sjogren berkata pulang tanpa menjaringk­an sebarang gol adalah “agak sukar bagi kami”.

“Kami mencipta peluang terutamany­a pada separuh masa kedua tetapi bola enggan masuk. “Ia sangat mengecewak­an bahawa kami menamatkan kempen dengan tiga kekalahan. Ini adalah pengalaman yang sukar tetapi kita perlu bela

j a r d a r i semua p e n - galaman.” — AFP

 ?? — Gambar AFP — Gambar AFP ?? Pemain Norway, Kristine Minde (tengah) bersaing dengan pemain Denmark, Stine Larsen ketika beraksi pada perlawanan di Stadion De Adelaarsho­rst, Deventer kelmarin. MARTENS GOL PENTING: Gol Martens memastikan Belanda tiket ke pusingan suku akhir...
— Gambar AFP — Gambar AFP Pemain Norway, Kristine Minde (tengah) bersaing dengan pemain Denmark, Stine Larsen ketika beraksi pada perlawanan di Stadion De Adelaarsho­rst, Deventer kelmarin. MARTENS GOL PENTING: Gol Martens memastikan Belanda tiket ke pusingan suku akhir...
 ??  ?? SENGIT:
SENGIT:
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia