Utusan Borneo (Sarawak)

Inter benam Lyon 1-0 di Shanghai

-

SHANGHAI: Padang yang tidak rata dan cuaca panas mencemari kemenangan 1- 0 Inter Milan ke atas Lyon kelmarin dalam satu perlawanan persahabat­an pramusim yang diadakan di China.

Perlawanan di Pusat Sukan Olimpik Nanjing itu – stadium kelab Liga Super China, Jiangsu Suning – menyaksika­n kedua- dua kelab bergelut dengan permukaan buruk dan kelembapan.

Biro cuaca bandar raya mengeluark­an amaran gelombang bahang merah pada awal kelmarin, dan mengarahka­n semua kerja luar di bandar raya ini dihentikan kerana suhu mencecah 39 darjah Celsius, tetapi suhu turun ketika perlawanan bermula.

Tidak banyak aksi berlaku sehingga minit ke- 19, apabila pemain Lyon, Bertrand Traore, merembat bola dari jarak kira- kira 20 meter tetapi bola melayang tinggi sedikit di atas palang gol.

Peluang turut disia-siakan oleh Dua Mariano dan Ferland Mendy dari kelab Perancis itu.

Inter berada di hadapan pada minit ke- 75 apabila Joao Mario meloloskan diri di sayap kanan. Pemain tengah Portugis itu melorongka­n bola ke tengah kepada Stevan Jovetic, yang tidak dijaga dan menjaringk­an gol tunggal perlawanan.

Selepas wisel penamat, pemain Inter itu mengangkat sepanduk dalam bahasa China yang menyebut: “Semua dunia adalah satu keluarga – terima kasih di atas sokongan anda” di hadapan penonton yang gembira.

Syarikat peruncitan gergasi China, Suning, membiayai Inter, selepas membeli pegangan majoriti di kelab Itali yang terkenal itu pada tahun lepas. — AFP SHANGHAI: Padang yang tidak rata dan cuaca panas mencemari kemenangan 1- 0 Inter Milan ke atas Lyon kelmarin dalam satu perlawanan persahabat­an pramusim yang diadakan di China.

Perlawanan di Pusat Sukan Olimpik Nanjing itu – stadium kelab Liga Super China, Jiangsu Suning – menyaksika­n keduadua kelab bergelut dengan permukaan buruk dan kelembapan.

Biro cuaca bandar raya mengeluark­an amaran gelombang bahang merah pada awal kelmarin, dan mengarahka­n semua kerja luar di bandar raya ini dihentikan kerana suhu mencecah 39 darjah Celsius, tetapi suhu turun ketika perlawanan bermula.

Tidak banyak aksi berlaku sehingga minit ke- 19, apabila pemain Lyon, Bertrand Traore, merembat bola dari jarak kira- kira 20 meter tetapi bola melayang tinggi sedikit di atas palang gol.

Peluang turut disiasiaka­n oleh dua Mariano dan Ferland Mendy dari kelab Perancis itu.

Inter berada di hadapan pada minit ke- 75 apabila Joao Mario meloloskan diri di sayap kanan. Pemain tengah Portugis itu melorongka­n bola ke tengah kepada Stevan Jovetic, yang tidak dijaga dan menjaringk­an gol tunggal perlawanan.

Selepas wisel penamat, pemain Inter itu mengangkat sepanduk dalam bahasa China yang menyebut: “Semua dunia adalah satu keluarga – terima kasih di atas sokongan anda” di hadapan penonton yang gembira.

Syarikat peruncitan gergasi China, Suning, membiayai Inter, selepas membeli pegangan majoriti di kelab Itali yang terkenal itu pada tahun lepas. — AFP

 ??  ?? MENDY
MENDY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia