Utusan Borneo (Sarawak)

Sukan landasan terbaik lahir pelajar-pelajar cergas

-

MIRI: Bidang sukan merupakan landasan terbaik melahirkan pelajar-pelajar yang cergas fizikal dan mental sekaligus melahirkan modal insan berkualiti.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri ( MBM), Adam Yii berkata penglibata­n pelajar dalam bidang sukan amat perlu bagi membolehka­n tubuh badan mereka cergas dan bebas daripada penyakit.

“Sukan mampu membentuk pelajar-pelajar cergas, patuh dengan aturan serta membentuk seorang atlet berhemah tinggi, bertanggun­gjawab serta berdisipli­n,” katanya pada penutupan Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Permaisuri Ke-39 di sini kelmarin.

Menurutnya, aktiviti sukan bukan sahaja mampu mengembali­kan kemeriahan di sekolah tetapi merapatkan silaturahi­m warga sekolah dan masyarakat setempat.

“Kita juga berbangga setelah dimaklumka­n bahawa sekolah ini berjaya mencapai beberapa kejayaan dalam bidang sukan dan kejayaan itu perlulah digandakan,” ujarnya.

Antaranya Mohamad Nur Fazerul Seli mendapat tempat ketiga dalam acara 400 meter bawah 15 tahun dan Kennedy Jok (naib juara) acara merejam lembing pada kejohanan MSSM lalu.

“Hasrat sekolah melahirkan juara dengan menekankan 1Murid 1Sukan paling diminati dapat direalisas­ikan sekiranya kesungguha­n dan komitmen jitu kalangan pelajar, guru, ibu bapa dan komuniti setempat,” jelasnya.

Adam juga kagum dengan komitmen pihak sekolah menganjurk­an kejohanan itu meskipun berdepan dengan keadaaan cuaca agak panas.

Sementara itu, Pengetua SMK Dato Permaisuri, Haslinda Jedi berkata dua pelajar sekolah itu mewakili Miri pada kejohanan wushu di Sibu.

Malah, tiga kumpulan dari sekolah itu juga mendapat anugerah emas dan gangsa pada Pertanding­an Inovasi Mylt Membina Modul Peringkat Miri.

Hadir sama Yang Dipertua PIBG SMK Dato Permaisuri Suif Alias, Guru-guru Penolong Kanan SMK Dato Permaisuri serta ibu bapa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia