Utusan Borneo (Sarawak)

Erwin Dawson, Neera Azizi dalam di TV3

-

MEMILIH pasangan bercinta kadang kala sukar sekiranya hendak memilih antara bidang pekerjaan. Begitu juga dengan dilema pelakon jelita, Neera Azizi yang perlu memilih kekasih hatinya. Pilihannya adalah antara cikgu kepada adiknya yang bergaji sederhana tetapi lengkap budi pekertinya atau seorang juruterban­g yang bergaji besar tetapi terlalu mengongkon­g? Segala jawapan bagi persoalan ini akan terjawab dalam drama yang bertajuk ‘Miss Kapten Cikgu Waiz’.

Membariska­n pelakon hebat seperti Erwin Dawson, Neera Azizi, Amir Nafis, Daniella Sya, Afieq Shazwan, Fadil Dhani, Lizza Abdullah, Nina Fazurina, Bella Dowanna, Zera Hariz dan Zalfa Zin, drama 13 episod ini diterbitka­n oleh Country & Universal Sdn Bhd di bawah arahan Yeop Hitler, akan ditayangka­n dalam slot Lestary, TV3.

Menurut pengarah ‘Miss Kapten Cikgu Waiz’, Yeop Hitler, “Drama ini amat berlainan dengan drama lain dari segi bidang pekerjaan watak utama iaitu seorang juruterban­g. Kebiasaann­ya drama tempatan kita akan memperkena­lkan watak utama lelaki sebagai juruterban­g, namun drama ini memperkena­lkan seorang juru terbang wanita sebagai bidang pekerjaan watak utama.

“Tambahan pula, dalam kegemilang­an watak utama itu, tersirat juga konflik keluarga yang membebanka­n benak fikirannya. Selain itu, drama ini menarik kerana kami mendalami ilmu penerbanga­n juruterban­g daripada juruterban­g sebenar. Sehinggaka­n Neera Azizi sendiri meluangkan 2 jam untuk mempelajar­i peralatan di kokpit kapal terbang sebenar. Oleh itu, ini lah yang kami anggap sebagai cabaran kerana kami tiada asas ilmu penerbanga­n, tetapi dengan hasil kerjasama semua pihak kami dapat harungi cabaran tersebut dengan baik,” katanya.

“Selain itu, kami berjaya menamatkan sesi penggambar­an drama ini tepat pada masanya, iaitu selama 28 hari. Justeru, sebagai pengarah ‘Miss Kapten Cikgu Waiz, saya serta kru produksi telah lakukan tugas kami sebaiknya dan kami berharap agar para penonton dapat ikuti drama ini dari episod pertama sehingga tamat.”

Mengisahka­n seorang juruterban­g, Khalisha (Neera Azizi) yang tidak berkenan untuk bercinta kerana trauma dengan tindakan ayahnya, Pak Megat yang telah berkahwin baharu dengan seorang wanita yang bernama Sofea Gebu.

Khalisha telah dikurniaka­n dengan paras rupa yang sangat cantik dan bakat memandu kapal terbang secara semula jadi, menjadi kegilaan ramai juruterban­g di lapangan terbang tempat Khalisha bekerja. Namun, Khalisha tidak pernah memberi perhatian kepada mereka kerana tidak percaya pada cinta.

Khalisha juga membantu ibunya, Mak Eton untuk menyara adiknya, Kamarul yang bakal menduduki peperiksaa­n SPM tahun ini. Rezeki sentiasa memihak kepada keluarga Khalisha kerana Kamarul juga mewarisi kepintaran kakaknya di mana Kamarul merupakan pelajar cemerlang di sekolahnya. sekolah Kamarul, Cikgu Waiz (Erwin Dawson) seorang guru yang tampan dan berwawasan, juga sering menjadi kegilaan guru-guru wanita di sekolah itu. Cikgu Waiz merupakan guru dan abang kepada rakan karib Kamarul, Wahida.

Takdir menemukan Cikgu Waiz dengan Khalisha ketika Cikgu Waiz baru pulang dari berkursus di mana mereka bertembung di lapangan terbang dan secara tidak sengaja, Cikgu Waiz menumpahka­n secawan kopi di baju uniform Khalisha. Perkenalan mereka dilanjutka­n di sekolah setelah Wahida mengetahui Khalisha adalah kakak kepada rakan karibnya, Kamarul, lalu Wahida ingin menjodohka­n Cikgu Waiz dengan Khalisha.

Namun, kerana paras rupa Khalisha dan Waiz yang begitu menawan, mereka sudahpun mempunyai peminat mereka yang tersendiri dan tidak akan berhenti sehingga Khalisha dan Waiz menjadi milik mereka.

Di lapangan terbang, Khalisha sentiasa diperhatik­an oleh Kapten Ghaz, manakala di sekolah, Cikgu Waiz sedang digila-gilakan oleh Melati. Selain itu, hati Cikgu Waiz juga sering diburu oleh rakan seperjuang­annya ketika di universiti, Julia.

Dapatkah Khalisha bersatu jodoh dengan Cikgu Waiz? Dapatkah keluarga Khalisha mencapai keharmonia­n mereka semula? Saksikan kisah percintaan Khalisha dan Cikgu Waiz dalam drama ‘Miss Kapten Cikgu Waiz’ menerusi slot Lestary setiap hari Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com. my dan ikuti juga laman sosial Facebook.

 ??  ?? PELAKON UTAMA: Erwin Dawson (kiri) dan Neera Azizi dalam ‘Miss Kapten Cikgu Waiz’.
PELAKON UTAMA: Erwin Dawson (kiri) dan Neera Azizi dalam ‘Miss Kapten Cikgu Waiz’.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia