Utusan Borneo (Sarawak)

Majukan industri seni kreatif: Kamarlin

-

KOTA KINABALU: Pembantu Menteri Pelanconga­n Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Kamarlin Ombi meminta kerajaan negeri membangunk­an lagi industri seni kreatif di Sabah kerana ia bukan sahaja mendapat sambutan menggalakk­an daripada masyarakat tempatan malah dari luar negara.

Menurutnya, industri seni kreatif di Sabah wajar diberi perhatian serius oleh kerajaan negeri memandangk­an terdapat permintaan tinggi daripada para peminat seni.

Beliau yakin sekiranya di- majukan ke tahap yang lebih tinggi, ia sudah pasti dapat menyumbang kepada pertumbuha­n ekonomi negeri secara tidak langsung.

Jelas beliau, seni kreatif yang dihasilkan penggiat seni di negeri ini memiliki keunikanny­a yang tersendiri serta mempunyai potensi yang sama dengan negara lain.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Program ‘Conteng Bah’ Jesselton Artison Market, di Riverson di sini, kelmarin.

Dalam pada itu, Kamarlin yang juga ADUN Lumadan menyambut baik usaha Doodle Malaysia, Hive Studio, Jesselton Artison Market dan Riverson atas inisiatif menganjurk­an program itu.

Sambil memuji usaha itu, beliau yakin inisiatif itu mampu membantu para penggiat seni dalam memasarkan hasil seni mereka sekaligus menarik minat lebih ramai peminat seni dari dalam dan luar negara.

“Program ini juga bukan sahaja dapat melahirkan lebih ramai penggiat seni di negeri ini malah turut mengasah bakat mereka kerana platform ini memberi peluang kepada mereka untuk saling berinterak­si dan bertukar idea serta pandangan,” katanya.

Lebih 100 vendor mengambil bahagian dalam acara yang berlangsun­g selama dua hari di Riverson dan mencatatka­n sekitar kira-kira 10,000 pengunjung tempatan serta luar negara yang sebahagian­nya merupakan peminat seni.

Kamarlin berharap semua pihak dapat menganjurk­an program seumpama itu dengan lebih kerap bagi memastikan industri seni kreatif di negeri ini terus berkembang selari dengan peredaran masa.

 ??  ?? TIDAK PERLU TAKUT: Siti Hamni (kiri) menerima cenderahat­i disampaika­n Pengetua SMK Ranau Barizah Kahar sambil diperhatik­an PK Halizah dan PK Latri.
TIDAK PERLU TAKUT: Siti Hamni (kiri) menerima cenderahat­i disampaika­n Pengetua SMK Ranau Barizah Kahar sambil diperhatik­an PK Halizah dan PK Latri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia