Utusan Borneo (Sarawak)

Perintah berkurung di ESSZone dilanjut hingga 10 Ogos

-

KOTA KINABALU: Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah ( ESSZone) yang berakhir semalam dilanjutka­n hingga 10 Ogos depan, kata Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din.

Beliau berkata perintah berkurung tersebut meliputi kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatang­an, Sandakan dan Beluran.

Sehubungan itu, Ramli berkata, dengan pelanjutan yang bermula esok itu, semua penduduk di kawasan terlibat diminta supaya berada di dalam rumah dan tidak dibenarkan memasuki kawasan berkenaan antara jam 6 petang hingga 6 pagi.

“Keperluan perintah berkurung diteruskan adalah untuk memastikan kawasan perairan itu tidak diceroboh pengganas yang mengancam keselamata­n penyelidik antarabang­sa yang menjalanka­n penyelidik­an dan pelancong yang melawat pulau- pulau peranginan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Berdasarka­n siasatan, katanya, kumpulan militan Abu Sayyaf dan mereka yang menjalanka­n kegiatan menculik bagi mendapatka­n wang tebusan dari selatan Filipina masih cuba menceroboh untuk melakukan penculikan dan jenayah rentas sempadan.

Ramli berkata perintah berkurung itu juga diteruskan bagi menjamin keselamata­n dan kesejahter­aan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan serta yang berada di kawasan daratan ESSZone.

Menurutnya, perintah berkurung itu turut memudahkan penguatkua­saan dan pemantauan terhadap pergerakan bot serta menimbulka­n rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran kapal pasukan keselamata­n di kawasan sekitar mereka.

“Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah terlibat untuk mengeluark­an permit kepada manamana pemohon yang memenuhi syarat bagi tujuan aktiviti perikanan atau ada keperluan mendesak melalui kawasan perintah berkurung,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia