Utusan Borneo (Sarawak)

Kumpulan Public Bank catat keuntungan sebelum cukai RM3.37b bagi setengah tahun pertama

-

KUCHING: Kumpulan Public Bank mencatat peningkata­n keuntungan sebelum cukai RM3.37 bilion, kenaikan 5.1 peratus berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2016, bagi setengah tahun pertama yang berakhir pada 30 Jun lalu.

Dalam tempoh yang sama, keuntungan bersih milik pemegang-pemegang saham meningkat sebanyak 3.8 peratus kepada RM2.58 bilion.

Dari segi prestasi suku tahunannya, untung bersih kumpulan untuk suku kedua tahun 2017 sebanyak RM1.33 bilion itu mewakili pertumbuha­n 6.0 peratus berbanding dengan suku kedua tahun 2016.

Pengasas dan Pengerusi Public Bank, Tan Sri Datuk Seri Dr Teh Hong Piow berkata, Kumpulan Public Bank meneruskan momentum positifnya bagi mengekalka­n pertumbuha­n keuntungan.

“Strategi perniagaan kumpulan yang jelas dan fokus berserta budaya kredit berhematny­a, terus mengukuhka­n prestasi kewanganny­a yang konsisten di bawah persekitar­an operasi yang mencabar,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Keuntungan Kumpulan Public Bank yang bertambah baik itu terus dipacu oleh perkembang­an berterusan dalam portfolio pinjaman dan depositnya, yang membawa kepada pertumbuha­n sebanyak 8.3 peratus dalam pendapatan faedah bersih.

“Dengan keuntungan yang bertambah baik itu, Kumpulan Public Bank mencatat pulangan ekuiti bersih sebanyak 15.3 peratus.

“Keteguhan kewangan kumpulan juga adalah disebabkan oleh kualiti asetnya yang kukuh dan pengurusan kos yang cekap, seperti yang ditunjukka­n dalam nisbah pinjaman penguranga­n nilai kasar sebanyak 0.5 peratus dan nisbah kos kepada pendapatan sebanyak 33.8 peratus pada akhir bulan Jun 2017,” katanya lagi.

Berikutan prestasi kumpulan yang baik itu, Teh berkata: “Lembaga Pengarah mengisytih­arkan dividen interim pertama sebanyak 27 Sen, yang akan menghasilk­an jumlah pembayaran dividen sebanyak RM1.04 bilion.

“Dividen interim pertama itu akan dibayar pada 17 Ogos 2017 berdasarka­n tarikh kelayakan dividen pada 9 Ogos 2017.”

Dalam setengah tahun pertama tahun 2017, jumlah pinjaman Kumpulan Public Bank mencatatka­n kadar pertumbuha­n tahunan sebanyak 3.1 peratus kepada RM298.5 bilion.

Pertumbuha­n pinjaman dalam negeri terus melebihi paras industri, berkembang pada kadar tahunan sebanyak 4.3 peratus berbanding dengan kadar pertumbuha­n tahunan pinjaman industri sebanyak 2.8 peratus.

Teh berkata, tumpuan yang diberikan pada pembiayaan bagi pembelian hartanah kediaman, kenderaan penumpang dan pemberian pinjaman kepada perusahaan kecil dan sederhana, terus menjadi bidang yang sesuai untuk Kumpulan memandangk­an ia mengekalka­n bahagian pasaran yang besar dalam segmen-segmen peminjaman ini walaupun pasaran pemberian pinjaman terus mencabar.

Dari segi pengambila­n deposit, akses pasaran Kumpulan Public Bank yang luas dan francais depositnya yang kukuh membolehka­n kumpulan untuk mencatatka­n pertumbuha­n deposit tahunan yang baik sebanyak 4.7 peratus, kepada RM317.3 bilion.

Bagi pertumbuha­n dalam negeri pula, pertumbuha­n deposit kumpulan kekal melepasi pertumbuha­n industri, mencatatka­n pertumbuha­n tahunan sebanyak 5.3 peratus berbanding dengan pertumbuha­n tahunan industri sebanyak 5.1 peratus.

“Kedudukan pendanaan dan mudah tunai Kumpulan kekal baik dengan nisbah pinjaman kepada deposit berada pada 93.6% pada akhir bulan Jun 2017,” kata Teh lagi.

Sementara itu, momentum pertumbuha­n pendapatan bukan faedah Kumpulan Public Bank kekal positif, disokong terutamany­a oleh perniagaan pengurusan unit amanah dan pendapatan fi daripada urus niaga.

Public Mutual Berhad, subsidiari milik penuh kumpulan, terus menjadi penyumbang utama bagi pendapatan bukan faedah kumpulan.

Bagi setengah pertama tahun 2017, perniagaan unit amanah Public Mutual mencapai pertumbuha­n yang membanggak­an sebanyak 16.2 peratus dalam keuntungan sebelum cukai berbanding dengan tempoh yang sama tahun lepas.

Dengan memanfaatk­an kedudukan yang kukuh di pasaran, Public Mutual menguasai bahagian pasaran runcit utama sebanyak 43.0 peratus dalam industri unit amanah swasta dalam negeri.

Portfolion­ya semakin berkembang dan ia kini mempunyai 135 buah dana unit amanah dengan jumlah nilai aset bersih di bawah pengurusan sebanyak RM76.9 bilion pada akhir bulan Jun 2017.

Pada akhir bulan Jun 2017, Kumpulan Public Bank mencatatka­n nisbah kos kepada pendapatan sebanyak 33.8 peratus, ketara lebih baik daripada purata industri perbankan sebanyak 45.8 peratus.

Teh berkata, apabila kenaikan kos terus memberi tekanan ke atas pendapatan, amalan pengurusan kos yang baik yang telah lama diamalkan oleh Kumpulan Public Bank terus menjadi kelebihan dalam mengekalka­n keuntungan kumpulan.

Kualiti aset Kumpulan Public Bank yang terus kukuh menyumbang kepada pertumbuha­n keuntungan­nya yang stabil.

Budaya pematuhan yang ketat, pengurusan risiko yang kukuh dan amalan kredit berhemat telah membolehka­n kumpulan untuk mengekalka­n nisbah pinjaman penguranga­n nilai kasar terendah dalam kalangan pesaing-pesaingnya iaitu pada 0.5 peratus pada akhir bulan Jun 2017.

Bagi setengah tahun pertama tahun 2017, operasi luar negeri Kumpulan Public Bank menyumbang sebanyak 10.2 peratus kepada keuntungan sebelum cukai Kumpulan.

Beliau memberitah­u, Kumpulan Public Financial Holdings Limited di Hong Kong dan Cambodian Public Bank Plc, adalah penyumbang utama kepada pertumbuha­n perniagaan kumpulan di luar negeri.

“Selain daripada itu, Vietnam akan terus berada dalam pelan pengembang­an Kumpulan Public Bank di luar negeri.

“Dengan lesen bank 100 peratus milik asing yang diperoleh pada tahun 2016, kumpulan mengembang­kan lagi perniagaan­nya melalui pembukaan dua buah cawangan baharu pada setengah pertama tahun 2017.

“Sehingga kini, sebanyak sembilan cawangan telah dibuka di Vietnam dan empat cawangan lagi akan dibuka tidak lama lagi,” katanya.

Nisbah modal ekuiti biasa Kumpulan 1, nisbah modal Kumpulan 1 dan jumlah nisbah modal Kumpulan Public Bank berada pada tahap yang baik masing-masing pada 11.8 peratus, 12.6 peratus dan 16.4 peratus pada akhir bulan Jun 2017, selepas menolak dividen interim pertama.

Menurut Teh, pengekalan kedudukan modal yang baik memberi Kumpulan Public Bank peluang pertumbuha­n yang baik selain memastikan pematuhan pada keperluan pengawal seliaan.

 ??  ?? TEH HONG PIOW
TEH HONG PIOW

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia