Utusan Borneo (Sarawak)

Pendigital­an, IoT antara pemacu utama untuk menjayakan NTP

-

KUALA LUMPUR: Pendigital­an dan perkembang­an Internet perkara (IoT) akan menjadi antara pemacu utama untuk menjayakan Program Transforma­si Nasional (NTP), kata pakar.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia, Rizal Nainy berkata, seiring dengan Industri 4.0, pendigitla­n akan menjadi trend mega untuk penggiat industri daripada pelbagai sektor untuk mengikuti revolusi baharu tersebut.

Contohnya, dengan pelancaran zon perdaganga­n bebas digital (DFTZ), kemudahan itu dijangka merangsang pelaburan swasta dan menawarkan lebih banyak peluang kerjaya untuk penduduk, katanya ketika mengulas sama ada pendigitil­an akan meningkatk­an Malaysia ke arah menjadi negara berpendapa­tan tinggi pada 2020.

S e l a i n i t u , R i z - a l b e r k a t a , P e r b a d a n - an Ekonomi Gigital Malaysia ( MDEC) telah bertin- dak sebagai pusat sehenti dalam memudahkan permohonan PKS untuk dipindahka­n ke Koridor Raya Multimedia (MSC).

“PKS yang menyumbang hampir 99 peratus perniagaan dan dianggap sebagai tulang belakang ekonomi Malaysia, dijangka mendapat manfaat daripada inovasi teknologi berkenaan,” katanya.

P e r d a n a M e n - t e r i , D a t u k S e r i N a - jib Tun Razak, yang melancarka­n DFTZ bersama Pengasas Alibaba, Jack Ma pada Mac lalu berkata, zon perdaganga­n bebas itu dalam ekosistem PKS dan e-hab itu dijangka menyaksika­n peningkata­n dalam rantaian nilai dan mewujudkan 60,000 pekerjaan baharu.

Sementara itu, bercakap mengenai IoT, Profesor Adjung Pengajian Ekonomi dan Pembanguna­n Universiti Malaya, Tan Sri Dr Kamal Mat Salih percaya penggunaan automasi akan meningkatk­an jumlah pekerjaan dan pelaburan asing di Malaysia menjelang 2020.

“Automasi bukan sahaja akan meningkatk­an produktivi­ti tetapi juga mengurangk­an kos operasi dan tempoh perniagaan.

“Sudah pasti latihan profesiona­l perlu diberikan kepada kakitangan bagi memperkaya pengetahua­n teknikal mereka dalam usaha untuk kekal relevan dalam tenaga kerja,” katanya kepada Bernama.

Diperkenal­kan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaa­n (PEMANDU) pada 2010, NTP terdiri daripada dua komponen, iaitu Program Transfomas­i Ekonomi (ETP) dan Program Transforma­si Kerajaan.

Di bawah ETP terdapat 12 bidang ekonomi utama negara untuk membawa Malaysia ke arah status pendapatan tinggi pada 2020.

Data yang dikeluarka­n PEMANDU menunjukka­n yang 12 bidang utama menyumbang RM865.3 bilion atau 70 peratus daripada keluaran dalam negara kasar sebanyak RM1.23 trilion pada 2016. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia