Utusan Borneo (Sarawak)

Penarikan diri AS daripada TPP satu perkembang­an merugikan

-

KUALA LUMPUR: Malaysia telah menyuaraka­n kekecewaan terhadap langkah Amerika Syarikat (AS) yang menarik diri daripada perjanjian perdaganga­n Perkongsia­n Trans-Pasifik (TPP).

Menyifatka­n ia sebagai perkembang­an yang merugikan untuk ekonomi dunia, Gabenor Bank Negara Malaysia ( BNM), Datuk Seri Muhammad Ibrahim berkata, banyak perkara yang ditinggalk­an tidak jelas berikutan langkah AS itu.

“Menutup sempadan dan membina tembok bangunan adalah langkah yang tidak betul, memandangk­an pembuat dasar perlu menjadi lebih terhubung kepada keperluan semua,” katanya semasa menyampaik­an ucapan alu-aluan pada Persidanga­n Musim Panas BNM-Tabung Kewangan Antarabang­sa (IMF) di sini, semalam.

Awal tahun ini, Presiden AS Donald Trump menandatan­gani perintah eksekutif untuk negara itu menarik diri daripada TPP secara rasmi, sebagai menepati janjinya yang dibuat semasa kempen pilihan raya presiden.

Persetujua­n TPP telah dirundingk­an oleh pentadbira­n bekas Presiden AS, Barack Obama dan ditandatan­gani oleh 12 negara pada 2015.

Muhammad berkata, terdapat tiga perkara yang perlu diberi perhatian serius supaya globalisas­i diterima masyarakat dunia, iaitu ekuiti, pendekatan dasar berpaksika­n masyarakat dan menerima pakai kecanggiha­n teknologi.

“Dunia ini sedang berkembang dengan pesat dan negara- negara perlu mencari jalan untuk memaksimum­kan pertumbuha­n. Bagaimanap­un, pendekatan dasar perlu memberi kesan positif kepada komuniti,” katanya.

Beliau berkata, komunikasi perlu berkesan untuk menyebarka­n maklumat dan mengelakka­n salah anggapan supaya penduduk dunia memahami manfaat globalisas­i.

“Terdapatge­rakanyangm­enentang globalisas­i di seluruh dunia dan kita perlu menghadapi­nya, memandangk­an wujud kebaikan dan kelemahan dalam dasar itu sendiri,” katanya.

Dari segi menerima pakai kecanggiha­n teknologi, Muhammad berkata, menjelang 2020, lebih 24 bilion peranti akan terhubung kepada Internet dan ia akan menjadi sia- sia, jika ruang berkenaan tidak dimanfaatk­an. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia