Utusan Borneo (Sarawak)

PUNB fokus lahir lebih ramai usahawan muda bawah 30 tahun

-

MELAKA: Perbadanan Usahawan Nasional Berhad ( PUNB) meletakkan fokus untuk melahirkan lebih ramai usahawan muda berusia bawah 30 tahun selaras dengan dasar Transforma­si Nasional 2050 (TN50) yang dilaksana kerajaan.

Pengerusi PUNB Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata sehingga 30 Jun lepas PUNB telah meluluskan sebanyak RM231.78 juta pinjaman kepada 608 syarikat melibatkan 862 orang usahawan dan kini kira-kira 60 peratus daripada usahawan PUNB terdiri daripada golongan muda.

Beliau berkata, kerajaan melalui TN50 menekankan peranan generasimu­da dalammemaj­ukan negara, justeru PUNB mahu melahirkan lebih ramai usahawan generasi itu bagi men- jadi pemangkin memajukan negara terutamany­a dalam sektor ekonomi.

“PUNB bergerak bersama pelbagai skim untuk generasi muda seperti Prosper Usahawan Muda bagi membantu usahawan ini kembangkan perniagaan mereka dan kita mulai tahun ini akan bukukan semua pencapaian usahawan muda PUNB untuk dikongsi bersama sebagai panduan,” katanya kepada pemberita di Bukit Katil, di sini, semalam.

Terdahulu beliau merasmikan Agro Bazaar milik Baroqah Foodstuff Sdn Bhd dan menyampaik­an pinjaman berjumlah RM300,000 kepada syarikat tersebut yang diwakili Pengurusny­a Muhammad Hanzalah Abdullah Hashim.

Sementarai­tuMohd Aliber- kata pihaknya sedang memperkuku­h tadbir urus pejabat PUNB di setiap negeri bagi membolehka­n pejabat tersebut memberikan perkhidmat­an terbaik kepada setiap usahawan di bawah pemantauan­nya.

“Kita sedang bincang untuk tambah kakitangan satu negeri mungkin kepada 10 orang, yang mana setiap seorang akan jaga usahawan di bawah skim masing-masing juga ada pegawai yang menjaga kutipan semula pinjaman,” katanya.

Beliau berkata melalui langkah itu PUNB juga mahu setiap pegawainya mengadakan lawatan berkala sekali sebulan kepada setiap usahawan bagi memberikan bantuan terutamany­a usahawan yang menghadapi masalah jualan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia