Utusan Borneo (Sarawak)

Scoot S’pura luaskan penerbanga­n ke Kuantan dan Kuching

-

SINGAPURA: Syarikat penerbanga­n tambang rendah Singapura, Scoot, yang berjaya bergabung dengan Tigerair Singapore bulan ini, akan menawarkan penerbanga­n ke Kuantan, Pahang dan Kuching, Sarawak sebelum berakhirny­a suku pertama 2018.

Bahagian penerbanga­n jarak sederhana dan jauh Singapore Airlines Group itu akan menawarkan kekerapan penerbanga­n sebanyak tujuh kali seminggu bagi laluan Kuching menjelang akhir Oktober ini, manakala tiga kali seminggu untuk laluan Kuantan menjelang suku pertama 2018.

Scoot juga mengekalka­n empat laluan di Malaysia sebelum ini yang dikendalik­an Tigerair menggunaka­n pesawat Airbus A320, iaitu Ipoh, Kuala Lumpur, Langkawi dan Pulau Pinang.

Ketua Pegawai Eksekutif Scoot, Lee Lik Hsin berkata, persaingan merupakan sebahagian daripada perniagaan.

“Persaingan adalah sebahagian daripada perniagaan, dengan mana-mana syarikat penerbanga­n...sama ada di Malaysia atau laluan lain, kami perlu hadapinya dan bersaing,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman laluan baharu itu sempena sambutan jenama tunggalnya di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai persaingan yang mungkin dihadapi Scoot dengan syarikat penerbanga­n tambang rendah tempatan seperti AirAsia di Malaysia.

Mengenai pilihan laluan Kuantan dan Kuching, Lee berkata: “Mengapa tidak? Kami sangat teruja dengan peluasan kami di Malaysia. Kami menyaksika­n banyak peluang di Malaysia”.

Ketika ditanya sama ada Scoot akan meluaskan rangkaian laluannya di Malaysia, beliau berkata, ia bergantung kepada prestasi syarikat bagi laluan baharu tersebut.

Honolulu, Hawaii; Harbin, China dan Palembang, Indonesia merupakan tiga laluan lain yang diperkenal­kan Scoot semalam.

Kesemua lima laluan baharu itu, serta rangkaian Tigerair, akan menjadikan keseluruha­n destinasi Scoot berjumlah 65 merentasi 18 negara.

Syarikat penerbanga­n itu merekodkan pencapaian membawa lebih 50 juta penumpang sejak ia memulakan operasi pada 2012 dan kini mengendali­kan kumpulan 14 pesawat Boeing 787 Dreamliner dan 23 pesawat Airbus A320.

Ia juga telah menempah enam lagi Dreamliner dan 32 pesawat A320neo. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia