Utusan Borneo (Sarawak)

Kebakaran hutan jejas selatan Perancis

-

BASTIA: Beratus- ratus anggota bomba berdepan dengan kebakaran di sekitar selatan Perancis pada Isnin lepas, dengan satu kebakaran merebak di sekitar 900 hektar hutan serta mengancam rumah-rumah di pulau Corsica di Laut Mediterran­ean, menurut pihak perkhidmat­an kecemasan.

Para penduduk telah dipindahka­n dari rumahrumah di hujung pekan Biguglia, di pantai timur laut pulau tersebut.

“Kebakaran sangat teruk dan kini merebak ke kawasan bandar Biguglia,” menurut leftenan kolonel Michel Bernier daripada pasukan pertahanan awam Perancis.

Ke b a k a r a n te l a h memusnahka­n sebuah kilang papan dan membakar 110 kenderaan.

“Kami sedang menunggu pasukan bantuan,” menurut timbalan ketua bomba wilayah Jean-Jacques Peraldi.

Kira- kira 160 anggota bomba menangani kebakaran tersebut dengan kekuatan lebih 12 jentera.

Pegawai tempatan Gerard Gavory menyatakan bahawa tiga kapal terbang bomba turut terlibat, meninjau kawasan kebakaran memastikan tiada rumah yang terjejas.”

Satu lagi kebakaran di selatan pulau, yang memusnahka­n 110 hektar tanah di sekitar pekan Aleria, telah berjaya dikawal kelmarin, menurut Bernier.

Di kawasan lain di Perancis, satu kebakaran berlaku di hutan sekitar Luberon di wilayah Vaucluse, meliputi 800 hektar pada lewat kelmarin.

An g g o t a bo m b a memberitah­u AFP mereka telah gagal untuk mengawal kebakaran itu.

Kira-kira 100 buah rumah di perkampung­an Mirabeau dan sebuah kampung kecil berhampira­n telah dikosongka­n, menurut kepada pihak berkuasa. Seramai hingga 500 orang anggota bomba telah dijangka di tempat kejadian.

Di wilayah berhampira­n Var, satu lagi kebakaran telah membakar lebih 200 hektar kawasna hutan di Gigaro, berhampira­n dengan pusat peranginan Mediterran­ean di Saint-Tropez.

Satu lagi kebakaran di Carros, utara Nice, telah membakar sebuah rumah, tiga kenderaan dan sebuah gudang serta membawa kepada pengosonga­n beberapa rumah, menurut kepada pihak berkuasa wilayah.

Lebih 270 anggota bomba berada di tempat kejadian unuk mengawal keadaan.

“Ini adalah satu hari yang sangat berbahaya dan usaha mengawal kebakaran ini pastinya berlarutan,” menurut Bernier. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia