Utusan Borneo (Sarawak)

Marin Mexico bunuh lima pencuri

-

PU E B L A : Pa s u k a n keselamata­n Mexico membunuh lima anggota kumpulan pencuri minyak kelmarin namun gagal memberkas ketua mereka, sasaran pemburuan yang menyebabka­n 10 terbunuh sejak Jumaat lepas.

Marin Mexico memburu Roberto de los Santos de Jesus alias ‘ El Bukanas’, ketua kumpulan yang dituduh mendalangi rompakan saluran paip minyak, penculikan dan pengedaran dadah di wilayah tengah Puebla.

Kejadian berbalas tembakan berlaku pada awal pagi ketika pasukan keselamata­n keluar dari ‘rumah perlindung­an’ di mana De los Santos dipercayai bersembuny­i di bandar Esperanza.

Operasi diketuai marin berakhir dengan kematian lima anggota kumpulan itu, menurut pejabat pendakwa raya negeri dalam Twitter.

NamunDelos­Santosberj­aya memboloska­n diri, menurut sumber pendakwaan.

De los Santos turut menjadi sasaran serbuan pada Jumaat lepas yang menyaksika­n seorang anggota marin dan empat anggota kumpulan samseng terkorban di pergununga­n Puebla.

Gabenor Puebla Antonio Gali Fayad menyatakan operasi untuk memberkas De los Santos sebagai satu keutamaan negara.

Mencuri daripada saluran paip milik syarikat minyak negara Pemex telah menjadi perniagaan lumayan penjenayah di tengah Mexico.

Syarikat menganggar­kan ia telah kerugian kira-kira AS$2.4 bilion, di mana 6,837 kes dilaporkan tahun lepas, berbanding 186 pada 2012.

Sementara itu, di TEXAS, salah seorang setiausaha kabinet Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengecamke­kejamansin­diket penyeludup­an manusia setelah 10 maut dalam trak panas.

Ketika dakwaan difailkan terhadap pemandu yang ditahan di Texas dekat sempadan dengan Mexico, seorang mangsa terselamat perjalanan ngeri i tu mendedahka­n bagaimana mereka bergilir-gilir bernafas menerusi lubang kecil pada trak tersebut dalam cubaan terdesak untuk terus hidup.

Dua kanak-kanak antara sekumpulan lebih 24 orang yang masih terlantar di hospital akibat strok haba dan dehidrasi.

Mangsa ditemui di belakang trak 18 tayar pada awal Ahad lalu di San Antonio, Texas, pemanduan dua jam dari sempadan Mexico-As, apabila seorang daripadany­a meminta air daripada pekerja gedung Walmart.

Pekerja terbabit kemudian menelefon polis, yang menemui 38 orang bersesak di dalam treler yang mengalami kerosakan alat penyaman udara itu yang diparkir dalam suhu panas di tempat parkir Walmart. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia