Utusan Borneo (Sarawak)

Dua lelaki Kanada disabitkan berpoligam­i

-

MONTREAL: Dua lelaki, seorang daripadany­a memiliki 25 isteri dan 146 anak, disabitkan berpoligam­i kelmarin dalam keputusan mengejutka­n yang mempertaha­nkan pengharama­n selama ini terhadap amalan itu di Kanada.

Winston Blackmore dan James Marion Oler, yang beristeri lima, berdepan hukuman penjara hingga lima tahun selepas didapati bersalah dalam ujian sebenar pertama undang- undang poligami di negara itu yang digubal 127 tahun dahulu.

Tiga pendakwa raya khas dilantik sepanjang dua dekad lepas bagi mempertimb­ang dakwaan terhadap mereka, namun menarik diri kerana bimbang undang- undang poligami melanggar hak warga Kanada di bawah perlembaga­an untuk mengamalka­n agama mereka.

Namun pada 2011, Mahkamah Agung di wilayah British Columbia memutuskan dalam satu kes rujukan bahawa kesan akibat berpoligam­i melangkaui hak bagi kebebasan beragama, sekali gus membolehka­n dakwaan difailkan terhadap Blackmore dan Oler tiga tahun kemudian.

Hakim Sheri Ann Donegan dari Mahkamah Agung British Columbia menyatakan dalam keputusan beliau bahawa defendan utama, Blackmore, tidak menafikan berpoligam­i.

“Ke p a t u h a n n y a terhadap amalan itu dan kepercayaa­nnya terhadap FLDS tidak dipertikai­kan,” jelas beliau.

Kedua- dua tertuduh adalah pegawai kanan Fundamenta­list Church of Jesus Christ of Latter-Day Saints ( FLDS), kumpulan poligami Kristian yang berpecah daripada Church of Jesus Christ of Latter-Day Saints, turut dikenali sebagai Gereja Mormon.

Kultus itu diasaskan hampir 60 tahun lalu di wilayah pergununga­n terpencil di BritishCol­umbiaberha­mpiran sempadan AS di mana komuniti itu berkembang dengan bertani atau memburu serta menjalanka­n sistem barter. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia