Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki mengamuk dengan gergaji berantai

-

SCHAFFHAUS­EN: Pihak polis Switzerlan­d kelmarin memburu seorang lelaki yang mengamuk bersenjata­kan gergaji berantai dalam satu serangan yang didakwa tiada kaitan pengganas.

Pihak berkuasa telah mengenal pasti penyerang sebagai Franz Wrousis, 51, yang mempunyai satu sejarah jenayah dan tiada alamat tetap yang dilaporkan menghabisk­an hidupnya di dalam hutan.

Dia masih lagi dalam buruan polis setakat lewat kelmarin.

Serangan bermula sejurus selepas suspek memasuki sebuah bangunan di pekan utara Schaffhaus­en pada jam 10.30 pagi waktu tempatan, menurut pihak polis tempatan dalam satu kenyataan.

Pendakwara­ya Schaffhaus­en Peter Sticher memberitah­u wartawan bahawa sebuah syarikat insurans yang mempunyai beberapa pejabat di bangunan tersebut merupakan sasaran jelas, menunjukka­n penyerang mempunyai dendam terhadap firma tersebut.

Pihak berkuasa telah dimaklumka­n kira- kira 10 minit selepas serangan bermula dan mengerahka­n anggotanya, beberapa ambulans dan helikopter ke tempat kejadian.

Mangsa yang tercedera termasukla­h seorang pekerja di syarikat insurans tersebut yang mengalami kecederaan serius, menurut pihak polis Schaffhaus­en sambil menambah bahawa kesemua mangsa telah dimasukkan ke hospital.

Kuarters lama bersejarah di bandar tersebut telah ditutup manakala anggota polis bertindak mengarahka­n orang awam mengosongk­an semua premis perniagaan berhampira­n, namun sekatan kemudian dialihkan dan keadaan lalulintas biasa kembali semula di kawasan itu.

Pihak polis telah mengagihka­n gambar Wrousis yang menunjukka­nnya kelihatan kusut.

Dia dirakamkan berdiri bersendiri­an dalam apa yang kelihatan seperti kawasan hutan.

Seorang anggota tempatan di wilayah Zurich, Ruedi Karrer, memberitah­u laman sesawang 20Minuten bahawa beliau telah melihat Wrousis di hutan Uhwiesen ketika membawa anjingnya keluar berjalan- jalan dan mempercaya­i suspek sudah dua minggu tinggal di sana.

Beberapa penduduk lain memberitah­u 20Minuten bahawa mereka turut terserempa­k dengan Wrousis di dalam hutan, kira-kira dua kilometer dari Schaffhaus­en dan menyatakan sikapnya seakan-akan mengancam.

“Dia adalah seorang lelaki yang berbahaya dan agresif.

“Ini bukan pertemuan pertamanya dengan polis,” ketua keselamata­n di Schaffhaus­en, Ravi Landoldt, memberitah­u wartawan.

Suspek disabitkan pada 2014 dan sekali lagi pada 2016 atas kesalahan senjata api, menurut pihak polis.

Di sebalik kadar jenayah yang agak rendah, Switzerlan­d mempunyai salah satu kadar tertinggi pemilikan senjata api di dunia dan pihak polis menyatakan kemungkina­n suspek membawa senjata.

Pemburuan melibatkan kira-kira 100 anggota polis telah dilancarka­n pihak berkuasa Schaffhaus­en dan disokong oleh pasukan tentera dari Zurich dan juga dari Jerman, menurut polis.

Kenderaan suspek, sebuah Volkswagen putih, telah ditemui.

Schaffhaus­en, hanya di utara Zurich berhampira­n sempadan Je r m a n, mempunyai populasi seramai 36,000 orang. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DIBURU: Gambar serahan Polis Swiss Canton Schaffhaus­en kelmarin menunjukka­n suspek dalam serangan di bandar lama tersebut.
— Gambar AFP DIBURU: Gambar serahan Polis Swiss Canton Schaffhaus­en kelmarin menunjukka­n suspek dalam serangan di bandar lama tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia