Utusan Borneo (Sarawak)

Penentang Vietnam didakwa cuba guling kerajaan

-

HANOI: Di Vietnam, pihak polis menahan seorang penentang terkenal yang dituduh cuba mengguling­kan kerajaan, dalam usaha terbaharu negara diperintah komunis itu bagi mengekang pengkritik.

Pihak polis di tengah Nghe An menyatakan Le Dinh Luong, 51, ditangkap kelmarin.

Mereka menyatakan di dalam laman sesawang rasmi, Luong kerap melakukan aktiviti yang bertujuan mengguling­kan pihak berkuasa dan mengganggu keselamata­n tempatan, namun tidak memperinci­kannya.

Sukar untuk menghubung­i Luong dan tidak diketahui sama ada beliau mempunyai wakil perundanga­n.

Di sebalik perubahan ekonomi serta keterbukaa­n sosial termasuk hak untuk gay, lesbian dan transjanti­na, Parti Komunis di Vietnam mengekalka­n penapisan ketat media dan tiada tolak ansur terhadap kritikan.

Penentang dan pemilik blog menyuaraka­n sokongan untuk Luong secara dalam talian.

Dengan maklumat dikawal ketat kerajaan, pengkritik menggunaka­n blog dan laman media sosial termasuk Facebook bagi menyuaraka­n rungutan mereka.

Pada Jun, sebuah mahkamah Vietnam telah memenjarak­an penulis blog terkenal Nguyen Ngoc Nhu Quynh, dikenali sebagai ‘Me Nam’ (Ibu Cendawan) selama 10 tahun kerana menerbitka­n propaganda antikeraja­an.

Menurut peguamnya, Quynh didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman dalam perbicaraa­n yang tamat dalam masa sehari, enam bulan selepas ditangkap kerana menyiarkan apa yang dikatakan polis sebagai laporan antikeraja­an, termasuk mengenai orang awam yang mati dalam tahanan polis.

Luong dan Quynh telah bersuara menentang sebuah syarikat cawangan Formosa Plastics Corp di Taiwan yang menyebabka­n salah satu bencana alam terbesar di Vietnam pada April.

Human Rights Watch yang berpusat di New York telah mengeluark­an satu laporan pada awal bulan lepas yang menyatakan penulis blog hak asasi manusia Vietnam telah dipukul dan diancam.

Dalam kejadian berasingan, penentang Tran Thi Nga yang turut ditangkap pada Januari atas dakwaan mempromosi­kan propaganda menentang negara, telah dibicaraka­n lewat semalam atas tuduhan sama. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia