Polis Perak tahan empat ah long
IPOH: Polis Perak menahan empat lelaki yang disyaki terlibat dalam sindiket pemberi pinjaman wang tanpa lesen dalam dua tangkapan berasingan di sekitar bandar raya Ipoh di sini, minggu lepas.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Perak DSP G Moses Govindarajoo berkata, kesemua suspek yang merupakan warga tempatan berumur antara 18 hingga 28 tahun itu masing-masing ditahan pada Rabu dan Jumaat lepas.
K a t a n y a , p e n a - hanan dibuat susulan lapo- ran polis oleh seorang mangsa berusia 47 tahun yang berhutang sebanyak RM63,000 dengan 11 ah long untuk melangsaikan hutang perniagaan serta membaik pulih kedai bingkai gambar miliknya.
“Mangsa yang membuat pinjaman dengan ah long sejak Mei lalu gagal membayar hutang tersebut menyebabkannya sering diganggu oleh kumpulan ah long berkenaan,” katanya dalam sidang media di Balai Polis Sungai Senam di sini semalam.
Beliau berkata kesemua suspek yang ditahan semenangnya dikehendaki bersabit kes yang sama di daerah Alor Setar dan Bidong di Kedah serta Salak Selatan, Kuala Lumpur.
Moses berkata, polis turut merampas beberapa telefon bimbit dan kepingan cek, kad perniagaan ah long, kad mesin juruwang automatik ( ATM) serta sebuah buku catatan pinjaman daripada semua suspek.
Katanya, mereka kini ditahan reman sehingga hari ini bagi membantu siasatan kes disiasat di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang dan polis masih memburu saki- baki kumpulan ah long berkenaan.
Selasa lalu, seorang lelaki mendakwa hidupnya kini dalam ketakutan akibat sering diganggu dan turut dipukul sekumpulan ah long sejak sebulan lalu selain tidak lagi dipedulikan oleh isteri serta tiga anaknya.
Menyedari dia ditipu sindiket dan takut diganggu sekumpulan ah long, dia telah membuat tiga laporan polis mengenai kejadian berkenaan. — Bernama