Zurich Insurance lancar produk takaful baharu pada 2018
KUALA LUMPUR: Zurich Insurance Malaysia Bhd menjangka dapat melancarkan produk takaful baharu pada awal tahun 2018 dan berharap produk insurans patuh Syariah menjadi penjana pertumbuhannya.
Presiden Insurans Am, David Fike berkata syarikat kini bekerjasama dengan rakan kongsi untuk mewujudkan produk takaful pada harga berpatutan.
“Takaful kini menyumbang hanya peratusan kecil kepada pendapatan kami tetapi bagi masa depan kami menjangkakan ia menja- di penjana pertumbuhan, bukan sahaja untuk Zurich Insurance Malaysia tetapi juga di seluruh dunia,” katanya kepada Bernama di luar acara minggu komuniti syarikat itu bertemakan ‘Zutopia’ di sini baru-baru ini.
F i k e b e r k a t a s y a r i - kat memberi tumpuan untuk meningkatkan kadar penembusan insuransnya dan percaya takaful akan membolehkannya berbuat demikian.
“DenganTabungKewangan Antarabangsa menaikkan unjuran pertumbuhannya ke atas Malaysia kepada 4.8 peratus untuk 2017 daripada 4.5 peratus, kami berharap dapat memanfaatkannya dan mampu meningkatkan pertumbuhan pada separuh kedua tahun ini,” katanya.
Beliau berkata bagi enam bulan pertama tahun ini, prestasi Zurich Insurance Malaysia mengatasi purata pasaran.
Syarikat mencatatkan pertumbuhan 14 peratus dalam pasaran insurans hayat konvensional berbanding pertumbuhan industri sebanyak lima peratus, katanya.
Tahun lepas, Zurich Insurance Co Ltd, anak syarikat Zurich Insurance Group, telah menyelesaikan pengambilalihan MAA Takaful Bhd ( MAAT), penyedia utama produk Takaful di Malaysia, daripada MAA Group Bhd dan Solidarity Holding Group BSC.
Gabungan produk MAAT dan penyelesaian insurans sedia ada Zurich membolehkannya menawarkan pelbagai produk dan penyelesaian insurans yang penuh kepada pelanggan di Malaysia, meliputi insurans hayat, insurans am, takaful keluarga dan takaful am. — Bernama