Larian ‘Wonder Women 2017’ simbolik kekuatan peranan wanita
WANITA di negara ini telah membuktikan bahawa mereka sememangnya berupaya mendidik generasi muda untuk menjadi satu generasi yang memiliki semua ciriciri yang diperlukan dalam kehidupan yang mencabar era globalisasi hari ini.
Justeru, pemilihan karektor watak Wonder W o m a n d i l i h a t berpadanan dengan wanita sebagai pemangkin masyarakat yang kuat dan b e r s e - mangat waja.
“Masyarakat pada hari ini telah mengiktiraf peranan dan sumbangan wanita dalam pelbagai aspek pembangunan negara iaitu keluarga, masyarakat, ekonomi, politik, pendidikan, kesihatan dan sosial yang berpadanan dengan tema larian ‘Wonder Women 2017’,” katanya yang diadakan di Dewan Undangan Negeri Lama (DUN) disini semalam.
Penutupan Majlis Wonder Women 2017 telah dirasmikan oleh isteri Yang di-Pertua Negeri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib ditemani Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri dan Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Kanak-Kanak, Datuk Fatimah Abdullah.
Antara lain penganjuran larian tersebut bertindak sebagai platform untuk menyalurkan maklumat kepada masyarakat berkenaan Tabung ‘PPWS Care and Share’ sebagai sumbangan amal tahun 2017 kepada ‘cancer survivor’ seperti Kumpulan Sokongan Kanser Payudara Sarawak dan Kumpulan Sokongan Pink Ribbon Sarawak.
Selain itu, ia juga bertujuan mewujudkan masyarakat yang peka dalam aktiviti dan program amal yang dianjurkan oleh pihak PPWS di samping membentuk komuniti yang mengamalkan gaya hidup sihat melalui acara larian yang diadakan.
Perkumpulan Persekutuan Wanita Sarawak (PPWS), Kumpulan Sokongan Kanser Payudara Sarawak dan Kumpulan Sokongan Pink Ribbon Sarawak masingmasing menerima sumbangan berjumlah RM10,000 daripada Ragad.
Seramai 750 peserta te- lah menyertai larian tersebut yang dipertandingkan dalam dua kategori iaitu 3.5km dan 5.5km.
Ragad turut menyertai simbolik melepaskan acara 1.5km yang dijalankan bersama peserta dan ahli jawatankuasa Wonder Women 2017, barubaru ini.
Sementara itu, upacara melepaskan peserta larian sejauh 5.5km pula telah dilaksanakan oleh Nancy, manakala pelepasan peserta larian 3.5km dilakukan oleh Fatimah.
Sebelum pertandingan dimulakan pada jam 6.30 pagi, para peserta turut diberi peluang untuk menyertai tarian Zumba yang diketuai oleh pasukan zumba dari UiTM Sarawak.
Cabutan bertuah turut diadakan sambil disaksikan pengerusi pengelola larian Wonder Woman 2017 Salbiah Abdullah dan Pengerusi PPWS Sarawak Norjanah Razali.